Seksyen Ternakan (STE) adalah merupakan salah satu seksyen yang terdapat di PPP. Seksyen ini terletak di timur kampus UPM dan dikelilingi oleh Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya SILK, Lebuhraya SKVE dan direntasi oleh perkhidmatan ERL. Keluasan kawasan ternakan kini dianggarkanlebih kurang 120 hektar yang meliputi pejabat pentadbiran, tempat pemerahan susu, padang ragut bagi lembu, rusa, dan juga kawasan kolam, wakaf dan trek untuk menunggang kuda.
Fungsi utama Seksyen Ternakan ialah:
Untuk menyokong matlamat universiti dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktikal pelajar UPM.
Menjadikan kawasan UPM kawasan berkonsepkan ’’Educational Meadows’ di mana terdapat kawasan berpagar, kawasan ragutan, pohon naungan, kolam-kolam dan trek berkuda berunsur pendidikan.
Untuk menjadikan kawasan ternakan sebagai kawasan yang berdaya maju dalam pengeluaran ternakan dengan menggunakan teknologi terkini.
Untuk mengekalkan suasana kampus hijau dan menjadi lokasi ’agrotourism’ dengan aktiviti yang mesra alam.
Untuk menyediakan kemudahan dan kawasan bagi aktiviti rekreasi dan riadah.
Seksyen Ternakan diurus tadbir oleh seorang Ketua Seksyen dengan dibantu oleh empat Ketua Unit, iaitu Unit Haiwan Besar (Pedaging dan Tenusu), Unit Ruminan Kecil (Rusa), Unit Avian dan Pengurusan Makanan Ternakan (Puyuh, Ayam, itik dan Pastura). Kekuatan staf di Seksyen Ternakan ialah seramai 29 orang termasuk empat orang pegawai pertanian, seorang pegawai veterinar dan enam penolong pegawai.
Objektif
STE bertanggungjawab dalam memenuhi objektif kualiti berkaitan proses pengurusan ternakan bagi menyokong aktiviti penjanaan, pengajaran, penyelidikan dan amali. Aktiviti yang dijalankan merangkumi proses pengurusan dan penjagaan ternakan ruminan, ternakan bukan ruminan dan pastura di Pusat Pertanian Putra.