Program AGRITalk@PAC atau sebelum ini dikenali sebagai AGRITalk@TPU merupakan siri ceramah berkaitan isu-isu semasa pengurusan pertanian dengan topik-topik khusus yang terpilih. Program ini akan menemukan penceramah tersohor dalam pelbagai bidang untuk berkongsi pengalaman pentadbiran, pengurusan sumber dan rahsia kejayaan yang diraih bersama sekumpulan khalayak (audien) yang mempunyai persamaan minat, berminda usahawan dalam kalangan warga penyelidik, pentadbir dan pengurusan. Tujuan ceramah bersiri ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan semasa warga universit, memberikan inspirasi dan peluang berinteraksi kepada peserta yang terlibat.