SOALAN LAZIM | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Perkhidmatan
1
Saya berminat untuk mempelajari cara-cara menunggang kuda. Adakah UPM menyediakan kelas menunggang kuda?

UPM melalui Benua Equestrian Stable (BEST ) ada menyediakan kelas menunggang kuda di kampus UPM Serdang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi  wakil UPM, En. Mohd Tarmizi bin Ishak 011-10144084.

2
Bolehkah saya menggunakan kemudahan di Bukit Ekspo bagi majlis hari keluarga jabatan saya?

Kemudahan yang disediakan di Bukit Ekspo boleh digunakan oleh masyarakat dalam dan luar kampus pada bila-bila masa tertakluk kepada kelulusan Pengarah PPP atau wakilnya.

3
Di manakah boleh saya melawat untuk melihat penternakan ikan air tawar?

PPP menjalankan penternakan ikan tawar di Bahagian Ladang Puchong. Kemudahan pembenihan anak-anak ikan dan udang juga dijalankan di Bahagian ini dengan kerjasama Fakulti Pertanian. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web Bahagian Ladang Puchong.

4
Saya ingin menggunakan kemudahan jentara atau lori untuk kegunaan projek penyelidikan saya. Adakah pihak PPP ada menyediakan perkhidmatan penyewaan tersebut?

Ya, pihak PPP ada menyediakan pelbagai perkhidmatan sewaan traktor,implemen, jentera dan lori. Pihak tuan/ puan boleh menyemak kadar harga dan  prosedur penyewaan dengan Ketua Seksyen Perkhidmatan,Latihan & Mekanisasi Ladang

5
Syarikat saya berminat untuk menjalankan penggambaran di ladang pine UPM.Dengan siapakan saya boleh berhubung?

Pihak tuan boleh berhubung dengan Seksyen Pemasaran untuk maklumat lanjut.


Penyelidikan
6
Saya berminat untuk menjalankan penyelidikan di Pusat Pertanian Putra  Dengan siapakah patut saya berurusan?

Sila dapatkan borang Pekhidmatan Penyelidikan di Seksyen Latihan, Pengajaran, Penyelidikan dan Khidmat Profesional yang terletak di Pejabat Pentadbiran, PPP untuk tindakan seterusnya.


Pengajaran, Latihan, Kursus Pendek dan Lawatan
7
Dimanakah boleh saya dapatkan maklumat mengenai kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh PPP?

Buat masa ini, PPP hanya menganjurkan kursus-kursus bagi keperluan skim G/GV di UPM. Namun, sebarang permohonan kursus oleh agensi luar atau keperluan kepakaran melibatkan daripada kumpulan kakitangan PPP boleh berhubung terus dengan Pejabat Pengarah PPP.

8
Jabatan saya berminat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke UPM. Bagaimanakah caranya?

Masyarakat umum sentiasa dialu-alukan untuk melawat kampus hijau UPM. Anda boleh menghubungi Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM bagi mengatur lawatan anda. Namun sekiranya anda berminat melawat dan mendekati pertanian, anda boleh menghubungi Pejabat Pengarah PPP untuk keterangan lanjut.

9
Saya merupakan pensyarah di salah satu fakulti  di UPM dan berminat untuk mengadakan amali bagi pelajar saya di Ladang PPP. Apakah prosedur permohonan yang perlu saya patuhi?

Prof./Prof Madya/Dr/ Tuan/Puan perlu melengkapkan Borang Permohonan Perkhidmatan Pengajaran PU/PS/BR10/AJR dan hantar kepada Seksyen Latihan, Pengajaran, Penyelidikan dan Khidmat Profesional untuk tindakan selanjutnya.


Hasil Ladang PPP dan UPM
10
Di manakah boleh saya beli sayuran dan anak pokok buah-buahan terutamanya durian dan rambutan?

Anak pokok buah-buahan boleh dibeli di Bahagian Pengeluaran Pemasaran dan Produk Pertanian.  Bagi sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain produk hasil pertanian PPP boleh dibeli di Putra Mart.  Dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum), jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

11
Di manakah lokasi terkini Putra Mart ?

Lokasi terkini PutraMart terletak di sebelah Restoran Astana Putra UPM https://m5.gs/Q3ZGUT

Kemaskini:: 11/10/2022 [liliamira]

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
BWDVCAP:02:08