» BAHAGIAN » BAHAGIAN PENGELUARAN & PEMASARAN PRODUK PERTANIAN
BAHAGIAN PENGELUARAN & PEMASARAN PRODUK PERTANIAN
PENGENALAN
Bahagian Pengeluaran dan Pemasaran Produk Pertanian (BPPPP) berfungsi sebagai hub aktiviti pertanian terutamanya melibatkan pengeluaran anak pokok buah-buahan, pengembangan teknologi pertanian, klinik pertanian, kursus-kursus pertanian dan amali pelajar berkaitan pertanian serta membantu UPM menjana pendapatan dari jualan hasil pertanian terutamanya anak pokok buah-buahan.
KAWASAN KERJA @ BAHAGIAN PENGELUARAN DAN PEMASARAN PRODUK PERTANIAN
Bahagian ini mempunyai keluasan 7.5 hektar yang menempatkan:
empat (4) struktur teduhan bagi anak pokok buah-buahan.
plot matatunas seluas tujuh (7) hektar bagi pelbagai jenis pokok buah-buahan terpilih.
kawasan landskap tanaman buah-buahan seluas 0.3 hektar.
bangunan pejabat Bahagian dan pusat jualan yang dikenali sebagai PutraMart
JENIS TANAMAN @ BAHAGIAN PENGELUARAN DAN PEMASARAN PRODUK PERTANIAN
Terdapat lebih 10,000 pokok penanti buah-buahan disediakan untuk dibuat cantuman. Di samping itu, plot mata tunas menempatkan pokok-pokok induk buah-buahan yang diperaku ketulenannya. Pelbagai anak pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka dan lain-lain sedia untuk dijual.