BAHAGIAN KEJURUTERAAN LADANG | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN KEJURUTERAAN LADANG

BAHAGIAN KEJURUTERAAN LADANG

Pengenalan

Bahagian Kejuruteraan Ladang (BKL) berkeluasan 1.64 hektar dengan kekuatan staf seramai 20 orang menyediakan perkhidmatan kepada Pusat Tanggungjawab, Universiti Putra Malaysia serta orang awam mengikut keperluan. Perkhidmatan yang disediakan oleh BKL seperti yang berikut:

  • Menyelaraskan aktiviti pembangunan berkaitan kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik.
  • Memberi perkhidmatan kenderaan, alatan perladangan dan jentera pertanian
  • Memberi latihan kejenteraan kepada pelajar
  • Memberi latihan kejenteraan kepada staf
  • Pengendalian latihan fabrikasi
  • Khidmat nasihat kejenteraan
  • Menyelenggara dan membaikpulih kenderaan, jentera pertanian, motosikal, mesin kecil dan alat perladangan
  • Menyelenggara dan membaikpulih kemudahan infrastruktur bangunan.
  • Memberi perkhidmatan membaikpulih dan menyelenggara sistem pengairan dan saliran

 

     

 

Objektif Kualiti

Bahagian Kejuruteraan Ladang bertanggungjawab ke atas tiga prosedur utama iaitu:

  1. Prosedur penyelenggaraan baikpulih bagi motorsikal, mesin kecil, kenderaan, jentera pertanian, alat perladangan, sistem pengairan dan infrastruktur bangunan.
  2. Prosedur penyelenggaraan berkala bagi motorsikal, kenderaan, jentera pertanian, rumah teduhan, kelengkapan elektrik, penghawa dingin dan pemadam api.
  3. Penggunaan borang permohonan perkhidmatan kenderaan, jentera pertanian dan aduan kerosakan

BKL bertanggungjawab dalam menyediakan 80% kemudahan perkhidmatan kenderaan dan jentera pertanian, 100% penyelenggaraan kenderaan, jentera pertanian, penghawa dingin dan pemadam api yang perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan  80% aduan kerosakan dalaman perlu diselesaikan berdasarkan borang aduan yang diterima.

SENARAI ASET

  1. FORT RANGER
  2. LORI HINO
  3. KUBOTA L3410
  4. KUBOTA POWER TILLER S120
  5. KUBOTA POWER TILLER K120
  6. KUBOTA POWER TILLER MP3
  7. KUBOTA TRANSPLANTTER SPU68C
  8. KUBOTA COMBINE HARVESTER
  9. KOMATSU EXCAVATOR PC 200
  10. KOMATSU BULLDOZER D6
  11. KOMATSU BACKHOE LOADER SUPER M
  12. MESSY FERGUSAN 5340
  13. MESSY FERGUSON 240
  14. TOYOTA FORKLIFT 
  15. DAEDONG POWER TILLER

 

DUA SEKSYEN DI BAWAH BAHAGIAN KEJURUTERAAN LADANG

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETKAL~