SEKSYEN KEJURUTERAAN LADANG | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » SEKSYEN KEJURUTERAAN LADANG

SEKSYEN KEJURUTERAAN LADANG

 

Pengenalan

Seksyen Kejuruteraan Ladang (SKL) berkeluasan 1.64 hektar dengan kekuatan staf seramai 20 orang menyediakan perkhidmatan kepada Pusat Tanggungjawab, Universiti Putra Malaysia serta orang awam mengikut keperluan. Perkhidmatan yang disediakan oleh BKL seperti yang berikut:

  • Menyelaraskan aktiviti pembangunan berkaitan kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik.
  • Memberi perkhidmatan kenderaan, alatan perladangan dan jentera pertanian
  • Memberi latihan kejenteraan kepada pelajar
  • Memberi latihan kejenteraan kepada staf
  • Pengendalian latihan fabrikasi
  • Khidmat nasihat kejenteraan
  • Menyelenggara dan membaikpulih kenderaan, jentera pertanian, motosikal, mesin kecil dan alat perladangan
  • Menyelenggara dan membaikpulih kemudahan infrastruktur bangunan.
  • Memberi perkhidmatan membaikpulih dan menyelenggara sistem pengairan dan saliran

 

     

 

Objektif Kualiti

Seksyen Kejuruteraan Ladang bertanggungjawab ke atas tiga prosedur utama iaitu:

  1. Prosedur penyelenggaraan baikpulih bagi motorsikal, mesin kecil, kenderaan, jentera pertanian, alat perladangan, sistem pengairan dan infrastruktur bangunan.
  2. Prosedur penyelenggaraan berkala bagi motorsikal, kenderaan, jentera pertanian, rumah teduhan, kelengkapan elektrik, penghawa dingin dan pemadam api.
  3. Penggunaan borang permohonan perkhidmatan kenderaan, jentera pertanian dan aduan kerosakan

 

SKL bertanggungjawab dalam menyediakan 80% kemudahan perkhidmatan kenderaan dan jentera pertanian, 100% penyelenggaraan kenderaan, jentera pertanian, penghawa dingin dan pemadam api yang perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan  80% aduan kerosakan dalaman perlu diselesaikan berdasarkan borang aduan yang diterima.

SENARAI ASET

  1. FORT RANGER
  2. HINO TRUCKS
  3. KUBOTA L3410
  4. KUBOTA POWER TILLER S120
  5. KUBOTA POWER TILLER K120
  6. KUBOTA POWER TILLER MP3
  7. KUBOTA TRANSPLANTER SPU68C
  8. KUBOTA COMBINE HARVESTER
  9. KUBOTA M108S
  10. KOMATSU EXCAVATOR PC 200
  11. KOMATSU BULLDOZER D6
  12. KOMATSU BACKHOE LOADER SUPER M
  13. MESSY FERGUSON 5340
  14. MESSY FERGUSON 240
  15. MITSUBISHI PAJERO
  16. NEW HOLLAND TL 80
  17. NEW HOLLAND TL 90
  18. TOYOTA FORKLIFT
  19. DAEDONG POWER TILLER
  20. EUROSTAR 4040-III
  21. EUROSTAR 6240-III

 

 

DUA UNIT DI BAWAH SEKSYEN KEJURUTERAAN LADANG

Kemaskini:: 03/08/2024 [mohd.fawwaz]

PERKONGSIAN MEDIA

X, (12:51:30pm-12:56:30pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]