BAHAGIAN PENGELUARAN & PEMASARAN PRODUK PERTANIAN | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN PENGELUARAN & PEMASARAN PRODUK PERTANIAN

BAHAGIAN PENGELUARAN & PEMASARAN PRODUK PERTANIAN

PENGENALAN

Bahagian Pengeluaran dan Pemasaran Produk Pertanian (BPPPP) berfungsi sebagai hub aktiviti pertanian terutamanya melibatkan pengeluaran anak pokok buah-buahan, pengembangan teknologi pertanian, klinik pertanian, kursus-kursus pertanian dan amali pelajar berkaitan pertanian serta membantu UPM menjana pendapatan dari jualan hasil pertanian terutamanya anak pokok buah-buahan.

 

 

KAWASAN KERJA @ BAHAGIAN PENGELUARAN DAN PEMASARAN PRODUK PERTANIAN

Bahagian ini mempunyai keluasan 7.5 hektar yang menempatkan:

  • empat (4) struktur teduhan bagi anak pokok buah-buahan.
  • plot matatunas seluas tujuh (7) hektar bagi pelbagai jenis pokok buah-buahan terpilih.
  • kawasan landskap tanaman buah-buahan seluas 0.3 hektar.
  • bangunan pejabat Bahagian dan pusat jualan yang dikenali sebagai PutraMart

 

 

 

JENIS TANAMAN @ BAHAGIAN PENGELUARAN DAN PEMASARAN PRODUK PERTANIAN

Terdapat lebih 10,000 pokok penanti buah-buahan disediakan untuk dibuat cantuman.  Di samping itu, plot mata tunas menempatkan pokok-pokok induk buah-buahan yang diperaku ketulenannya.  Pelbagai anak pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, nangka dan lain-lain sedia untuk dijual.

 

  

 

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

SXCdXAR~