Perutusan Pengarah | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dr. Roslan b. Sulaiman dan seterusnya melantik saya sekali lagi untuk menerajui Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) mulai 13 Oktober 2021.        

Penstrukturan semula imej  Taman Pertanian Universiti (2001-2021)  kepada Pusat Pertanian Putra adalah berdasarkan untuk memperkasakan serta mengukuhkan lagistrategi objektif dan pelan tindakan secara kolektif dalam mencapai Matlamat 4 UPM dan Pelan Strategik 2021-2025.

Sebagai sebuah Pusat Tanggung Jawab yang memberikan perkhidmatan sokongan, kepada warga kampus, nama PPP sinonim dengan khidmat kepakaran dalam bidang tertentu di samping kemesraan kakitangannya yang menjadikannya sentiasa dekat dengan hati warga kampus hijau ini.

 Namun, seiring dengan peredaran masa dan zaman, pencapaian PPP di masa nan lalu dan kejayaan di masa hadapan memberikan cabaran yang hebat kepada warga kerjanya. Di sinilah hasrat pengurusan universiti untuk melihat kembali teras pertanian ditempatkan di persada terbaik negara dengan melihat peranan UPM akan menuntut sepenuhnya dedikasi dan iltizam daripada warga PPP keseluruhannya.  

 Kita semua sedia maklum, Malaysia sedang mengalami gelombang ketiga penyebaran Pandemic Covid-19. Bertepatan dengan situasi semasa, norma baharu perlaksanaan dan operasi PPP perlu ditambahbaik selari dengan peredaran zaman. Antaranya adalah:

 1)         penggunaan teknologi tinggi dalam bidang pertanian perlu lebih diapplikasikan selari dengan era IR4.0. Sebagai contoh pemantauan pintar penyiraman bagi sistem fertigasi, penggunaan dron dalam pembajaan serta pemantauan pintar perosak dan penyakit.

 2)         merujuk kepada peranan utama PPP sebagai sebuah entiti yang diberi tanggungjawab untuk menjana pendapatan bagi menyokong kepada universiti yang berstatus autonomi, oleh itu usaha perlu dilipatgandakan berserta azam dan norma baharu bagi meningkat hasil jualan perlu dilakukan. Antara medium yang boleh membantu penjanaan pendapatan adalah melalui jualan secara atas talian. Melalui kaedah ini, penghasilan produk pertanian berasaskan tanaman, ternakan dan akuakultur adalah berdasarkan kepada kehendak pengguna dan seterusnya lebihan dapat dielakkan. Disamping memberi liputan dan hebahan yang luas di seluruh Malaysia.

 3)         promosi-promosi jualan yang dilakukan bagi meningkatkan hasil jualan seterusnya secara tidak langsung mampu meningkatkan visibiliti PPP, UPM di mata penduduk Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Ini secara tidak langsung bertepatan dengan Matlamat Keempat UPM dan visi UPM iaitu untuk menjadi sebuah universiti yang bereputasi antarabangsa.

 4)         PPP juga diharapkan dapat menyediakan ruang bagi memberikan latihan kepada para graduan UPM dan belia komuniti untuk menjadi usahawan tani yang berjaya. Kaedah sewaan tapak boleh diperkenalkan. Melalui kaedah ini, PPP dapat menyumbang kepada mewujudkan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.

 5)         Bagi memberikan impak yang lebih besar kepada setiap usaha yang akan dilaksanakan penghasilan produk jualan dalam skala yang besar juga adalah digalakkan.

Oleh itu, saya amat menekankan agar beberapa prinsip asas dan nilai bekerja yang baik terus diamalkan. Antaranya bekerjasama, bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa bagi menjamin kualiti kerja yang cemerlang dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan. Persekitaran yang gembira dan hormat-menghormati antara satu sama lain juga adalah antara nilai murni yang harus dititikberatkan. Semoga dengan adanya persekitaran yang kondusif dan harmoni ini produktiviti dan hasil kerja yang baik dapat dihasilkan.

Akhir kata, saya berharap agar warga PPP dapat memberikan sokongan yang baik dan tidak berbelah bagi sepanjang saya menjalankan amanah yg diberikan. Harapan saya juga agar kita dapat sama-sama menyumbang kepada visibiliti pertanian di UPM dengan jayanya.

Tagline perkhidmatan saya… PERTANIAN ADALAH KEKAYAAN.

Saya sudahi dengan ucapan Wabillahitaufiq walhidayahwassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,”


Prof. Madya. Dr. Siti Zaharah Bt. Hj. Sakimin 
Pengarah
Pusat Pertanian Putra
Tel. : +60397697301
Fax : +60389424076 
Email : szaharah@upm.edu.my

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
BWDVCAa~