TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA), PUSAT PERTANIAN PUTRA | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA), PUSAT PERTANIAN PUTRA

TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA), PUSAT PERTANIAN PUTRA

TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA), PUSAT PERTANIAN PUTRA

 

15 Ogos 2022, ISNINPusat Pertanian Putra (PPP) menyambut baik program Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran UPM. Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) menyumbang 10% dari pemarkahan penarafan bintang yang dipertandingkan.

Bagi persediaan Audit EKSA, pihak Jawatankuasa Induk EKSA, PPP mengambil pendekatan mengadakan sesi taklimat pemantapan EKSA kepada semua staf di PPP yang di hadiri seramai 79 orang staf. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd. Sahrizan bin Mat Yatim dari Pusat Pehubungan Alumni, UPM. Beliau merupakan fasililator EKSA UPM.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh pihak MAMPU mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal). Pelaksanaan EKSA bertujuan menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif

Elemen penjenamaan semula EKSA adalah berkaitan dengan persekitaran kerja kondusif yang berimej korporat, kepelbagaian agensi, kreatif dan berinovasi dengan penerapan amalan kelestarian hijau.

Pihak Pengurusan UPM sangat komited dalam pelaksanaan EKSA UPM dengan menyediaan Panduan Pelaksanaan EKSA Universiti Putra Malaysia Edisi 2.0 dan dikuatkuasa pemakaian pada Jun 2022. Selain itu, Pengurusan UPM  melantikan seramai 23 orang Fasilitator dari pelbagai kategori PTJ. Pelaksanaan Kursus Audit Dalaman EKSA juga telah diadakan dan seterusnya Pengiktirafan melalui Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja  yang akan disampaikan semasa Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM.  Pengurusan PPP amat menyokong pelaksanaan amalan EKSA di PTJ dan sentiasa terlibat sama dalam memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan sukses.

Kebaikan kita melaksanakan EKSA ini dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti (bersih, kemas dan selamat, mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran (penjimatan kos), meningkatkan imej agensi sektor awam, meningkatkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan disiplin warga jabatan/agensi, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mewujudkan piawaian kerja yang jelas.

UPM mempunyai logo EKSA sendiri dan digunapakai semua PTJ dalam UPM.

Pelaksanaan EKSA dalam UPM adalah melibatkan semua PTJ dan semua kategori jawatan bermula dari pihak pengurusan sehingga pelaksana. Pelaksanaan EKSA bagi PTJ yang besar, sekurang-kurangnya 60% peralihan. Meliputi semua ruang yang wajib dinilai dan fasa pelaksanaan berikutnya sehingga lengkap 100% peralihan perlu dinyatakan dalam Carta Perbatuan EKSA PTJ. Manakala  PTJ yang sederhanan dan kecil hendaklah 100% peralihan.

Empat langkah melaksanakan EKSA iaitu dengan pembentukan Jawatankuasa EKSA, membuat promosi dan latihan, melaksanaan tindakan/perancangan yang telah dibuat dan mendapatkan pensijilan EKSA. Komponen penilaian EKSA terdapat 7 perkara iaitu

  1. Keperluan Utama Pelaksanaan,
  2. Ruang Tempat Kerja/ Pejabat,
  3. Tempat Umum,
  4. Keselamatan Persekitaran
  5. Kawasan Persekitaran Pejabat
  6. Tempat - tempat Khusus (mengikut kesesuaian agensi)

 

Sebagai pengakhiran, ingat 3 perkataan ini…

Bersih, Kemas dan Selamat…Anda akan ingat apa itu EKSA.

Tarikh Input: 26/08/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEXSAK~