PUSAT PERTANIAN PUTRA MERANGKUL KEMENANGAN BERGANDA DI SEMARAK MERDEKA 2024 | PUSAT PERTANIAN PUTRA pac
» BERITA » PUSAT PERTANIAN PUTRA MERANGKUL KEMENANGAN BERGANDA DI SEMARAK MERDEKA 2024

PUSAT PERTANIAN PUTRA MERANGKUL KEMENANGAN BERGANDA DI SEMARAK MERDEKA 2024

oleh Azman Kamarudin 

Serdang- 22 Ogos 2024, Pusat Pertanian Putra mencipta sejarah cemerlang dengan merangkul empat kemenangan kategori utama dan dua Anugerah Khas dalam program SEMARAK MERDEKA 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). Kejayaan ini merupakan pencapaian yang membanggakan dan membuktikan semangat juang yang tinggi dalam memaknai erti kemerdekaan.

Antara anugerah yang berjaya diraih oleh Pusat adalah:

  1. Naib Johan Keseluruhan Program Semarak Mederka 2024 Universiti Putra Malaysia membawa pulang hadiah Gren Aktiviti Semarak Merdeka tahun 2025 bernilai RM 2000.00 
  2. Tempat Ketiga Pertandingan KOIR Merdeka Inter-PTJ membawa pulang hadiah wang tunai RM 500.00 
  3. Tempat Ketiga Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ membawa pulang hadiah wang tunai RM 700.00 
  4. Anugerah Konduktor Pertandingan KOIR Merdeka PTJ Terbaik - Puan Lili Amira Hazinan 
  5. Anugerah Pengisian Program Terbaik Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ 
  6. 20 PTJ Terbaik Penyertaan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ 

 

 

Dengan semangat patriotisme yang membara, Pusat Pertanian Putra telah membuktikan komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan program ini. Kejayaan ini tidak hanya menandakan pencapaian, tetapi juga menjadi inspirasi untuk terus berjuang demi mengangkat martabat dan kemajuan universiti serta negara. Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin, Ts. Dr. Ahmad Suhaizi, dan pihak Pengurusan PPP atas sokongan padu yang diberikan kepada semua staf yang terlibat dalam pertandingan ini. Syabas dan tahiah diucapkan kepada warga Pusat Pertanian Putra atas kejayaan yang berjaya diraih bagi Program Semarak Merdeka 2024 UPM kali ini. 

 

 

 

Tarikh Input: 23/08/2024 | Kemaskini: 27/08/2024 | azman87

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 97692000
-
X, (07:17:17am-07:22:17am, 07 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]