Program Pemeriksaan Dan Pencirian Tanaman Jambu Air Varieti Thai King | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » Program Pemeriksaan dan Pencirian Tanaman Jambu Air Varieti Thai King

Program Pemeriksaan dan Pencirian Tanaman Jambu Air Varieti Thai King

Serdang, 14 Januari 2020 - Taman Pertanian Universiti (TPU) telah mendapat kerjasama dari Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia untuk mengadakan aktiviti pemeriksaan dan pencirian tanaman jambu air varieti Thai King bagi didaftarkan ke dalam Senarai Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan.

Seramai enam (6) orang pegawai dari Jabatan Pertanian Malaysia telah hadir untuk memeriksa dan mencirikan tanaman jambu air varieti Thai King di Bahagian Pengeluaran Bahan Tanaman dan Hatceri, TPU. Di antara aktiviti yang telah diadakan adalah mengukur ketinggian pokok, mencirikan daun, dahan dan ranting seterusnya mendokumenkan pemeriksaan yang telah dijalankan.

Adalah dijangkakan sedikit masa lagi, sumbangan TPU ini boleh didapati di dalam Senarai Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan.

Tarikh Input: 15/01/2020 | Kemaskini: 21/01/2020 | syedghazali

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdFAx~