PPP STRIKE BOWLING TOURNAMENT 2026 | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » PPP STRIKE BOWLING TOURNAMENT 2026

PPP STRIKE BOWLING TOURNAMENT 2026

5 Februari 2026 - Pusat Pertanian Putra (PPP) telah menganjurkan PPP Strike Bowling Tournament 2026 bertempat di U Bowl, Alamanda Putrajaya. Program riadah ini berjaya menghimpunkan seramai 80 peserta yang membentuk 20 pasukan, termasuk penyertaan Pengarah PPP.

 Kejohanan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta mewujudkan suasana santai dalam kalangan warga PPP. Sepanjang tiga jam pertandingan berlangsung, suasana gelanggang bowling dipenuhi sorakan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang tinggi.

 Selain pertandingan utama antara pasukan, beberapa kategori khas turut dipertandingkan bagi menambahkan kemeriahan acara.  Keputusan pemenang adalah seperti berikut:

 

 

 

Pertandingan ini bukan sahaja menceriakan suasana malah menjadi simbol penghargaan terhadap penyertaan aktif dan semangat sporting dalam kalangan warga PPP.

Dalam ucapan ringkasnya, Pengarah PPP menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Beliau turut menekankan kepentingan keseimbangan antara tugas hakiki dan aktiviti riadah dalam membina pasukan yang lebih harmoni, dinamik dan produktif.

Secara keseluruhannya, PPP Strike Bowling Tournament 2026 berjaya mencapai objektifnya sebagai medium memperkukuh ukhuwah serta semangat kekitaan dalam organisasi. Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi menjadi platform menyatukan warga PPP dalam suasana santai dan penuh keceriaan.

 

                                                                

Tarikh Input: 20/02/2026 | Kemaskini: 20/02/2026 | n_farrid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 97692000
-
W, (10:33:18am-10:38:18am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]