oleh Azman Kamarudin
SELANGOR, 28 Mei 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin, telah merasmikan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiential Learning – RPEL) dan Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh.
Seramai 30 orang pelatih Usahawantani Putra-Perhebat diraikan dalam majlis berprestij yang diadakan di Dewan Jubli Perak. Mereka berjaya menamatkan latihan intensif dan kini bersedia memajukan sektor pertanian negara. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran mereka, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kestabilan makanan negara.

Tarikh Input: 02/07/2024 | Kemaskini: 02/07/2024 | azman87

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan