
11 Februari 2026 – YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang bagi meninjau pelaksanaan program Usahawantani PUTRA-PERHEBAT iaitu program latihan dan bimbingan berstruktur dalam bidang pertanian khusus untuk Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan bersara dan veteran yang dijalankan di UPM.
Program yang dilaksanakan melalui kerjasama antara Pusat Pertanian Putra (PPP), UPM dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) ini menawarkan latihan dalam tiga sektor utama iaitu tanaman, ternakan dan perikanan secara komersial. Peserta menjalani latihan amali melibatkan lapan plot iaitu terung dan cili, sun melon, nenas dan jagung, cendawan, puyuh dan ayam, itik, ruminan dan perikanan.
Lawatan ini turut disertai YBrs Tuan Muhazam bin Mansor, Pendatar UPM, YBhg Dato' Ts Amir Bin Md. Noor, Ketua Pengarah Perhebat dan Prof. Ts. Dr. Siti Zaharah Sakimin, Pengarah Pusat Pertanian Putra UPM bersama ahli pengurusan UPM dan PERHEBAT yang lain.
YB Adly bin Zahari telah melawat beberapa tapak pertanian yang berada di sekitar UPM disamping berbual mesra bersama para pelatih PERHEBAT bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman mereka sepanjang mengikuti program ini.




Lawatan diakhiri dengan jamuan minum petang bersama YB Adly bin Zahari. Beliau telah menyampaikan ucapan ringkas bagi menyampaikan penghargaan dan harapan khususnya kepada para pelatih PERHEBAT.


Tarikh Input: 20/02/2026 | Kemaskini: 25/02/2026 | n_farrid

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan