LASBELA Menjana Pendapatan TPU | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » LASBELA menjana pendapatan TPU

LASBELA menjana pendapatan TPU

BUKIT FRASER, 16 Julai – Seramai tujuh orang ahli pengurusan Taman Pertanian Universiti (TPU) telah berpeluang mengikuti program lawatan sambil belajar (LASBELA) ke Bukit Fraser dan ladang durian di Raub, Pahang pada 15 & 16 Julai 2019 bertujuan untuk menimba pengalaman pengurusan dan merencana aktiviti yang boleh menjana pendapatan.

 

Menurut ketua rombongan, Abdul Ghaffar Othman agenda program LASBELA juga dirancang untuk berkongsi pengalaman pembelajaran kepada sekumpulan pelajar asnaf yang menjadi pelajar angkat TPU dan juga sebagai bentuk ganjaran kepada staf TPU yang terlibat dalam pengurusan LEAN.

 

“Selain melawat Paddock, nurseri orkid, tanaman strawberi dan air terjun Jeriau di Bukit Fraser, kita juga melawat ladang durian Musang King di Zamry Agro Farm di Raub, Pahang. Hasil lawatan ini diharap pengurusan TPU boleh merancang lebih banyak aktiviti yang boleh menjana pendapatan walaupun ruang terhad tetapi tiada had untuk staf yang kompetan dan berkreativiti”, ujar beliau lagi yang juga Ketua Bahagian Penjanaan dan Operasi, TPU.

 

Seramai 31 pelajar asnaf yang menyertai lawatan ini gembira dan teruja dengan merasai pengalaman ke pusat peranginan negara dan merasai sendiri keenakan durian Musang King yang segar dari ladang. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada TPU atas peluang menyertai lawatan ini. Sangat bermakna, seronok dan gembira sekali”, kata Ayed salah seorang pelajar yang menyertai rombongan ini.

Tarikh Input: 14/08/2019 | Kemaskini: 14/08/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXETTAI~