Menceriakan Kawasan Perkuburan UPM
4 Oktober 2020
Pada Ahad yang lepas, Pusat Islam Jamek Qaryah Serdang Bersama-sama Taman Pertanian Universiti, Sahabat Masjid UPM, Skuad Belia Serdang dan Persatuan Wanita Bistari Serdang telah menganjurkan Projek Mesra Kubur bertempat di Tanah Perkuburan Islam kariah Serdang (UPM). Program Tersebut telah bermula pada 8.30 pagi dengan dihadiri lebih kurang 100 peserta yang terdiri daripada ahli kariah dan staf UPM.
Program tersebut telah dimulai dengan ucapan pembukaan dan taklimat berkenaan program serta Prosedur Operasi Standard sebelum aktiviti dimulakan. Beberapa kumpulan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembersihan dan kumpulan yang menanam bunga.
Antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengindahkan kawasan persekitaran kubur dengan pokok-pokok tanaman hiasan. Program tersebut telah berakhir pada jam 11.30 pagi.
Tarikh Input: 12/10/2020 | Kemaskini: 12/10/2020 | mahr
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan