Ada Apa Di Dusun Humphrey | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » Ada apa di Dusun Humphrey

Ada apa di Dusun Humphrey

Ada apa di Dusun Humphrey

 

 

SERDANG, 29 Ogos – Dusun Humphrey, Universiti Putra Malaysia kembali meriah dengan kunjungan orang ramai untuk menjayakan aktiviti Hari Bersama Pelanggan (HBP) yang dianjurkan oleh Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM Serdang buat kali ketujuh tahun 2019.

Aktiviti bulanan TPU ini menyajikan pelbagai acara menarik seawal jam 8.30 pagi seperti jualan hasil pertanian universiti, gerai asnaf, bunga hiasan dan pertunjukan kaedah.  

Selain jualan durian, daging rusa, ikan patin dan susu segar, demo buah-buahan nadir mencuri tumpuan para pengunjung dengan pengenalan buah mentega, kuning telur, rambai istana dan karanda yang selama ini tidak dikenali umum.  Menurut Ketua Pentadbiran TPU, Noorul Huda Abd Hamid,  Dusun Humphrey yang berkeluasan 6.6 hekter mempunyai pelbagai jenis buah-buahan nadir yang berpotensi untuk dikomersilkan selain tujuan pengajaran dan penyelidikan. “Kita berharap demo pada kali ini dapat berkongsi pengetahuan baharu kepada para pengunjung terutama para pelajar, penyelidik dan orang awam bahawa UPM sememangnya mempunyai pakar pakar pertanian dan boleh dijadikan rujukan,” ujar beliau lagi ketika ditemui di tapak pameran.

Untuk rekod, Naib Presiden Amerika Syarikat, Sir Hurbert Humphrey pernah melawat Kolej Pertanian Serdang pada 3 Julai 1967 dan menikmati buah-buahan tempatan di Dusun Tani Serdang. Berikutan lawatan itu, Dusun Tani Serdang diberikan jolokan nama sebagai Dusun Humphrey ataupun juga dikenali sebagai Dusun Contoh, UPM.

Oleh Jamali Janib

Tarikh Input: 13/09/2019 | Kemaskini: 13/09/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEZWAV~