PENANAMAN RUMPUT | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » PENANAMAN RUMPUT

PENANAMAN RUMPUT

PENANAMAN RUMPUT DAN KEKACANG

KENAPA RUMPUT PERLU DITANAM ?

  • Penternak tradisional jarang menanam rumput.
  • Rumput semulajadi tidak menjamin bekalan yang cukup dan kualiti yang tinggi
  • Bagi memenuhi keperluan penternak komersil, maka penanaman rumput

sangat perlu.

RUMPUT DIANGGAP TANAMAN

  • Rumput perlu dianggap sebagai tanaman
  • Penjagaan yang baik perlu untuk hasil yang tinggi
  • Sejumlah modal perlu dilabur bagi mendapatkan rumput yang berkualiti

BAHAN TANAMAN

  • Biji benih
  • Bahagian tampang
  • Keratan batang
  • Belahan rumpun
  • Stolon
  • rizom

TUJUAN PENYEDIAAN TANAH

  • Menyediakan keadaan tanah untuk pertumbuhan yang sesuai bagi

rumput:

o Memotong dan membalikkan tanah

o Memecah dan membunuh rumpai

o Memecah tanah kepada struktur yang lebih kecil

KAEDAH PENYEDIAAN TANAH

  • Bajak piring (plough)
  • Bajak sikat (Harrow)
  • Bajak piring kedua (Cross plough)
  • Bajak sikat kedua (Cross Harrow)
  • Bajak putar (Rotovate)
  • Selang 2 minggu bagi setiap proses

FAKTUR KELEMBAPAN TANAH

  • Percambahan dan pertumbuhan awal memerlukan keadaan kelembapan yang

sesuai

  • Keadaan sesuai pada tahap dibawah “Field Capacity”
  • FIELD CAPACITY - Tanah tepu air dialir keluar 24 - 72 jam

Petunjuk yang sesuai

  • Tanah tidak melekat kepada traktor
  • Tanah mudah dipecahkan
  • Kelembapan jelas bila tanah dipecahkan
  • Tanah dikepal tidak menunjukan tahap basah yang tinggi

PENANAMAN

  • Masa menanam: awal musim hujan
  • Benih mesti ada dan cukup
  • Pengapuran jika pH tindak sesuai (5.5 - 7.0)
  • Baja asas NPK (60:30:30 kg/ha)

KAEDAH MENANAM

BIJI BENIH

  • Sod seed drill
  • Spinner broadcaster
  • Chisel seeder

 

SOD SEED DRILL

  • Baja dan benih didalam bekas yang berasingan
  • benih dan baja keluar melalui saloran yang berasingan
  • Baja dan benih kadang-kadang tersumbat kerana:
  • Baja berketul
  • Kerosakan gear
  • Saiz biji benih yang besar
  • Kebaikan Sod seed drill:
  • Kadar penggunaan biji benih dapat dikawal
  • Kerja yang cepat
  • Masaalah Sod seed drill:
  • Penaburan tidak rata kerana piring tidak menyentuk tanah - lereng bukit

SPINNER BROADCASTER

  • Benih dan baja digaul bersama
  • Bahan lain (filler) dicampur bersama supaya penaburan rata - Habuk kayu,

pasir dll

  • Bajak putar 3-4 inci supaya biji benih bercampur dengan tanah
  • Kebaikan Spinner broadcaster:
  • Penaburan rata
  • Kerja cepat
  • Kekurangan:
  • Kadar biji benih mungkin lebih
  • Biji benih boleh rosak jika campuran dibiarkan terlalu lama

CHISEL SEEDER

  • Hampir sama dengan seed drill
  • Lorong dibuat dengan chisel
  • digunakan bila membuat kerja-kerja penanaman semula (Penyulaman)

PENABURAN TANGAN

  • Jika kawasan tidak luas- penaburan dengan tangan lebih ekonomik

KADAR BIJI BENIH

  • Kadar penggunaan biji benih bergantung kepada beberapa faktor:
  • Mutu biji benih
  • Cara penyediaan tanah
  • Musim
  • Musuh
  • dll
  • Ujian biji benih
  • Menentukan kadar bijibenih
  • Contoh:

» Jika dikehendaki dalam satu meter persegi 50 pokok rumput guinea akan tumbuh. Berapa banyakah (kg) bijibenih guinea harus ditabur bagi satu haktar jika peratus percambahannya adalah 50% ? (Bilangan bijibenih bagi 100 gm ialah 8560 biji )

Penyelesaian

Purata bilangan Bijibenih/kg = 85600 biji

Bil yang perlu tumbuh dalam 1 m = 50

Bil biji (1 m per.) bagi 40% = 100 x50 / 50 = 100 biji

Bagi satu haktar = 100 x 10,000

 = 1,000,000

Jumlah Kg sehaktar = 1,000,000 /85600

 = 11.68 kg

 

CAMPURAN RUMPUT DAN KEKACANG

  • Tujuan campuran rumput/kekacang
  • Peningkatan pengambilan protin
  • Bekalan N untuk pastura

 

FAKTOR MEMPENGARUHI KOMPOSISI KEKACANG DALAM PASTURA

  • N yang tinggi menggalak pertumbuhan rumput tetapi merencat kekacang
  • Pembajaan P dan K yang tinggi menggalakan pertumbuhan kekacang
  • Ragutan yang berlebihan merencat pertumbuhan kekacang
  • Kekacang tidak tahan dengan tanah berasid

KADAR CAMPURAN PASTURA/KEKACANG

Kadar campuran kekacang tidak melebihi 40%.

RAWATAN BIJI BENIH

Tujuan rawatan biji benih:

  • Menggalakan percambahan dengan melembuytkan testa yang keras

Cara:

  • Pelesan dengan kertas pasir
  • Air panas: 80o C dalam 3 - 4 minit
  • Asid sulfik: 5-7% Selama minit

SUNTIKAN RHIZOBIUM

  • Rhizobium: - Bakteria pengikat N dalam akar
  • Tujuan suntikan: Menggalakn pembintilan akar
  • Rhizobium dicampur dengan gum sebagai pelekat dan sedikit kapor bagi memberi pertumbuhan yang sesuai bagi bakteria

PENANAMAN SECARA TAMPANG

  • Bahan tanaman:
  • Batang
  • Stolon
  • Batang
  • Keratan batang
  • Rumput yang matang
  • potong 2-4 batang

PENANAMAN SECARA TAMPANG

  • Baringan batang

– Lebih cepat dan senang

– Baja campuran (60:30:30 NPK) atau CIRP ditabur  didalam lorong

– Batang disusun didalam lorong

– Batang ditimbus sambil dipadatkan

  • Stolon

– Bagi rumput yang tidak mempunyai biji benih, stolon juga dapat digunakan

– Brachiaria decumbens, Brachiaria humidicola dsb

 

PENANAMAN SECARA TAMPANG

  • Stolon

– Stolon dipotong dan ditabur dengan tangan atau spreader

– Stolon ditekan kedalam tanah dengan menggunakan disc harrow.

– Kaedah ini boleh dibuat pada musim hujan

  • Sod

– Sod ialah kepingan tanah yang mengandungi benih rumput

– Cara ini biasa dibunakan untuk penanaman rumput ditebing bagi mencegah hakisan

– Sod diletakan dengan jarak 30 cm x 30 cm bergantung kepada jenis rumput dan penyediaan tanah

Baja permulaan

  • Campuran baja (NPK, 60:30:30)
  • Urea,(46% N) ,TSP (46 P205) dan MOP (60% K20)

 

PENGURUSAN PERINGKAT AWAL PERTUMBUHAN

  • Ragutan awal kadang-kadang digalakan bagi rumput berstolon supaya pijakan ternakan boleh menggalakan pertumbuhan
  • Pastura tumbuh berumpun tidak digalakan ragutan awal, sebaliknya dibiarkan berbunga dan biji yang gugur tumbuh semula

PEMOTONGAN / RAGUTAN PERTAMA

  • Biasanya ragutan atau pemotongan pertama dibuat setelah rumput pertama dipotong terlebih dahulu
  • Ragutan / pemotongan pertama penting bagi menjamin mutu pastura. Pastura tua/ berbunga mutunya akan berkurangan.

UMUR RAGUTAN /POTONGAN PERTAMA PEMOTONGAN PERTAMA

 

 

SUMBER :DVS,MALAYSIA

Tarikh Input: 12/10/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEbKAH~