3 KLON CIKU YANG DISARANKAN UNTUK DITANAM DI MALAYSIA
Ciku jantung C62
Berbentuk bujur dan runcing dihujung
Berbentuk jantung , warna kulit perang kemerahan
Isi bewarna perang kemerahan, manis, iranya halus dan tidak berpasir
Ciku subang C63
Berbentuk bujur panjang, meruncing di hujung dan pangkal buah dan warna kulit perang
Isi manis, berair, bertekstur halus dan tidak berpasir
Ciku Mega C64
Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. bersaiz 3 kali ganda dari klon biasa dan mempunyai isi halus walau pun agak sedikit kelat. kurang debunga disyorkan agar ditanam klon Ciku Subang sebagai sumber debunga dalam kebun pada kadar 5-10%.
Sumber :Jabatan Pertanian Malaysia
Tarikh Input: 10/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | liliamira
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan