UPM DALAM SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN, JABATAN PERTANIAN MALAYSIA | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » UPM DALAM SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN, JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

UPM DALAM SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN, JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

UPM DALAM SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN, JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia.  Penggunaan bahan tanaman yang telah diperaku akan menjamin ketulenan baka dan kualitinya.  Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian piawaian yang ditetapkan.  Bagi merealisasikan objektif ini, Jabatan Pertanian Malaysia (JP) telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).

Melihat kepada kepentingan ini, Pusat Pertanian Putra (PPP) melalui Bahagian Pengeluaran dan Pemasaran Produk Pertanian (BPPPP) telah mengambil inisiatif dengan menyertai skim ini pada 10 Mac 2015.  Kini telah lebih tujuh (7) tahun Pusat Pertanian Putra aktif dalam Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).  Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa JP yang kompeten akan memperakukan pokok-pokok induk dan anak pokok buah-buahan yang mematuhi piawian yang telah ditetapkan.  Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku oleh Jabatan Pertanian.

Pengiktirafan ini amat penting dan bermakna kepada Pusat Pertanian Putra khususnya dan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara amnya kerana ini telah menjadikan UPM sebagai satu-satunya universiti yang mempunyai ladang mata tunas dan nurseri tanaman buah-buahan di Universti Awam yang mematuhi piawaian ini selaras dengan keperluan industri.  Pengiktirafan ini membuktikan PPP komited dalam memartabatkan pertanian selaras dengan hasrat universiti dan negara.

Kesimpulannya, kerjasama di antara UPM dan Jabatan Pertanian Malaysia melalui SPBT ini adalah merupakan suatu usaha yang baik yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat.  Produk pertanian UPM khususnya anak pokok buah-buahan sememangnya dikenali, dipercayai jenamanya dan diyakini ketulenannya.  Dengan persijilan skim ini, UPM bukan sahaja menjadi salah satu daripada pemain utama dalam industri ini malah dapat menjalinkan usahasama dengan Jabatan Pertanian Malaysia sebagai institusi piawaian dalam persijilan SPBT dan myGAP demi memartabatkan pertanian di Malaysia.

 

 

 

 

   
   

 

 

 

Gambar 1: Antara pencirian pokok induk yang dilakukan oleh pegawai - pegawai pertanian di plot mata tunas Bahagian Pengeluaran dan Pemasaran Produk Pertanian, UPM.

 

 

 

 

   

 

 

 

 

Gambar 2: Pemeriksaan ketulenan anak pokok buah-buahan oleh Pegawai Pemeriksa daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 12/10/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEUWAL~