LAWATAN BAGI PROGRAM LATIHAN USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT PENGAMBILAN SIRI KE-2 (2023/2024) | PUTRA AGRICULTURE CENTRE
» NEWS » LAWATAN BAGI PROGRAM LATIHAN USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT PENGAMBILAN SIRI KE-2 (2023/2024)

LAWATAN BAGI PROGRAM LATIHAN USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT PENGAMBILAN SIRI KE-2 (2023/2024)

Serdang, 26 Oktober 2023 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima lawatan dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bagi siri ke-2 yang bakal menjalani latihan selama lima bulan bermula bulan November 2023 di Pusat Pertanian Putra (PPP) sebagai persediaan kepada anggota tentera sebelum menamatkan perkhidmatan masing-masing. Lawatan ini merupakan lawatan bagi program latihan yang akan memberi pendedahan awal kepada pelatih mengenai modul latihan yang disediakan di Pusat Pertanian Putra, UPM.  

Seramai 30 orang pelatih terdiri daripada 28 orang lelaki dan 2 orang wanita termasuk pelatih berpangkat Leftenan Kolonel Tentera Darat (ATM), pegawai dan lain-lain pangkat telah berminat untuk menyertai latihan bagi siri ke-2 Usahawantani Putra-Perhebat di UPM.

Sepanjang lawatan ini, pelatih telah dibawa ke empat (4) lokasi latihan utama di Seksyen Unggas, Seksyen Sayuran, Seksyen Agroteknologi dan Ladang Puchong bagi ternakan ikan.  Semasa lawatan ini, pelatih diberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti dan latihan yang bakal dijalankan di setiap seksyen. Bagi bahagian ternakan pelatih akan didedahkan tentang kaedah ternakan ikan, ternakan puyuh dan itik dan pemprosesan produk hiliran seperti puyuh perap,ikan keli perap, puyuh salai, telur asin dan puyuh sejuk beku. Bagi bahagian tanaman modul yang akan dipelajari adalah penyediaan kawasan atau tapak projek, penuaian, pembajaan melalui sistem fertigasi dan kaedah pemasaran.

Latihan ini akan dikendalikan oleh lapan orang Pegawai Pertanian, PPP sebagai tenaga pengajar utama yang diketuai oleh Ketua Bahagian Tanaman, En. Zainalabidin Abd Wahid, Ketua Bahagian Ternakan, En. Tarmizi Ishak dan Ketua Bahagian Ladang Bersepadu Puchong, En. Helmi Azro Mohd Hassan.

 

 

Disediakan oleh,
 
Cik Siti Aishah Mat Zin
Penolong Pegawai Pertanian 
Pusat Pertanian Putra

Date of Input: 03/11/2023 | Updated: 03/11/2023 | nurainakmal

MEDIA SHARING

PUTRA AGRICULTURE CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEdOAj~