Pada 22 Disember 2020 bertempat di kawasan Koleksi Semaian Tunggul Getah telah berlangsung identifikasi semula klon getah UPM. Program pengecaman klon getah ini merupakan anjuran Seksyen Tanaman Industri , Bahagian Tanaman dengan kerjasama daripada Klon Inspektor RISDA dan Lembaga Getah Malaysia.
Program ini bertujuan untuk menyokong hasrat UPM dalam memperkasakan sektor pertanian di peringkat global dengan membina Kawasan Germplasm Getah bagi tujuan Edu Eco Tourism akan datang .
Diharapkan impak daripada program ini dapat menjadi sumber rujukan kepada penyelidik dalam dan luar universiti bagi klon-klon getah yang ada di Malaysia selain daripada menyediakan lokasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada pelajar.
Date of Input: 31/12/2020 | Updated: 31/12/2020 | liliamira
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan