Serdang, 15 April - Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Agrobank telah menganjurkan Bengkel Program Pembangunan Belia Tani (PROBEST) – Inkubator Baru pada 13 & 14 April 2026. Program ini bertujuan melahirkan usahawan tani dalam kalangan graduan melalui latihan, bimbingan dan sokongan industri.
Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh wakil Agrobank, Pn Roziana Binti Mohammad dan wakil PPP, En Mohd Tarmizi Ishak. Para peserta juga menerima surat tawaran serta mengikuti pelbagai sesi taklimat dan perkongsian modul sepanjang bengkel berlangsung. Program ini juga memdapat sokongan dari Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM UPM), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Diharapkan program ini dapat membuka peluang dan memberi pendedahan kepada peserta untuk menceburi bidang pertanian secara lebih profesional dan berdaya saing.


Date of Input: 29/04/2026 | Updated: 29/04/2026 | n_farrid

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan