Latar Belakang | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Latar Belakang

Latar Belakang

SEJARAH PENUBUHAN

Taman Pertanian Universiti (TPU) secara rasminya telah berubah nama  kepada Pusat Pertanian Putra (PPP)/Putra Agriculture Centre (PAC) pada 10 Februarai 2021menerusi Mesyuarat JPU kali ke 742. Penstrukturan semula PPP adalah berdasarkan justifikasi yang berikut:

  1. mengukuhkan strategi objektif dan pelan tindakan secara kolektif dalam mencapai Matlamat 4 UPM dan Pelan Strategik 2021 - 2025;
  2. memperkemas perancangan, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus PRT2009 (Pertanian & Kehidupan) untuk dikendalikan di bawah PPP selaku PTJ yang memberi khidmat sokongan pengajaran dan pembelajaran;
  3. memperkasakan fungsi penjanaan pendapatan sebagai salah satu fungsi utama selain memberikan perkhidmatan sokongan ke arah mencapai status entiti yang boleh menyokong status autonomi universiti dengan menjana pendapatan sendiri (self-sustain) dalam tempoh 5 tahun;
  4. melancarkan pengurusan urus selia, promosi dan pemasaran hasil keluaran PPP dan unit pengeluaran PTJ lain sekaligus meningkatkan visibiliti UPM pada pandangan warga kampus dan masyarakat umum;
  5. merancang aktiviti untuk mengoptimumkan kepakaran dan sumber sedia ada di PPP melalui jaringan strategik dengan agensi kerajaan dan swasta dari dalam dan luar negara;
  6. mempergiat aktiviti pendanaan PPP dengan kerjasama semua bahagian yang terlibat dan kesepaduan tindakan; dan
  7. memperkasakan fungsi PPP di Kampus UPM Serdang dan Bintulu, Sarawak melalui penggabungan struktur pengurusan bagi tujuan penyelarasan aktiviti yang lebih cekap serta memudahkan proses membuat keputusan dan kebersamaan tindakan yang melibatkan penggunaan sumber tanah bagi tujuan mencipta kekayaan universiti berasaskan pertanian.

PPP masih mengekalkan fungsi memberi perkhidmatan sokongan dalam bidang pertanian dalam usaha jalinan kerjasama strategik dengan pihak agensi dan pemain industri sebagai sebuah entiti yang bertanggungjawab di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM;

Selain itu , PPP juga bertindak sebagai pusat  fungsi operasi perkhidmatan sokongan pertanian meliputi keseluruhan aktiviti tanaman, ternakan, akuakultur, perkhidmatan dan pengurusan landskap, hiasan majlis rasmi, rekreasi, latihan profesional/perundingan dan pemasaran hasil pertanian.

Menerusi penjenamaan dan penstrukturan semula ini diharap dapat meningkatkan usaha pemerkasaan dan visibility pertanian di UPM lebih terserlah.

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
BWDVDA2~