Pusat Pertanian Putra UPM Dan Benua Equestrian Club (BEST) Anjurkan Kejohanan Sukan Kuda Lasak Piala Tuanku Canselor UPM 2022 (PTCUPM2022) | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » Pusat Pertanian Putra UPM dan Benua Equestrian Club (BEST) anjurkan Kejohanan Sukan Kuda Lasak Piala Tuanku Canselor UPM 2022 (PTCUPM2022)

Pusat Pertanian Putra UPM dan Benua Equestrian Club (BEST) anjurkan Kejohanan Sukan Kuda Lasak Piala Tuanku Canselor UPM 2022 (PTCUPM2022)

Pusat Pertanian Putra UPM dan Benua Equestrian Club (BEST) anjurkan Kejohanan Sukan Kuda Lasak Piala Tuanku Canselor UPM 2022 (PTCUPM2022)

SERDANG, 7 Ogos – Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia dan Benua Equestrian Club (BEST) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Kuda Lasak Piala Tuanku Canselor UPM 2022 (PTCUPM2022). Kejohanan ini diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Pusat Ekuin, UPM.

Kejohanan ini mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan Selangor, Tuanku Canselor UPM dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, YH Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini, mempertandingkan sukan kuda lasak bagi kategori CEN 40 KM dan CEN 80 KM. Acara lain yang dipertandingkan seperti sukan rakyat Barrel Race, Pony Ride 1 KM dan VIP Ride 10 KM.  Seramai 61 orang telah menyertai acara CEN 40 KM dan 9 orang menyertai CEN 80 KM dalam kejohanan kali ini.

Selain itu, UPM adalah satu-satunya universiti yang menawarkan kawasan menunggang kuda di dalam universiti dan acara ini diharap dapat memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai masyarakat setempat meminati sukan berkuda.

Acara penutup kejohanan ini telah diadakan pada 7 Ogos 2022 bertempat di Dewan Fakulti Pertanian, UPM dan dihadiri oleh Naib Canselor UPM, YH Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Pengerusi LPU, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Sri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Pengarah Pusat Pertanian Putra, UPM Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Hj. Sakimin, Ketua Adun Gombak Setia, YB Tuan Muhammad Hilman Idham dan Presiden Kelab Ekuesterian Best (BEST), Kamarul Azam Daud serta semua peserta yang terlibat.

Acara bagi Kejohanan Kuda Lasak Championship Endurance National (CEN) Piala Tuanku Canselor UPM 2022, 80 KM telah dimenangi oleh peserta yang merupakan pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, Nur Qasrina Amani Zakaria, manakala sebanyak 6 peserta lagi telah mendapat status completed dalam pertandingan ini. Bagi acara CEN 40 KM pula, sebanyak 52 peserta berjaya menyempurnakan acara berstatus completed dalam pertandingan.  Selain itu, pemenang bagi Best Condition Endurance CEN 80km dimenangi oleh Nur Qasrina Amani Zakaria.

Pihak PPP dan BEST mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi kejohanan PTCUPM 2022 ini.

 

 

Tarikh Input: 11/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEbEAd~