Penjagaan Pokok Mangga | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » Penjagaan Pokok Mangga

Penjagaan Pokok Mangga

TANAMAN mangga boleh dikategorikan kepada buah-buahan yang bermusim dan banyak ditanam di Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Melaka. Kebiasaannya, terdapat dua musim bagi pokok mangga iaitu musim utama pada bulan April, Mei, Jun dan musim kedua iaitu bulan September, Oktober dan November. Nama saintifik bagi mangga ialah Mangifera indica Linn yang tergolong dalam famili Anacardiaceae. Selain itu, buah mangga juga di kenali sebagai buah mempelam di Negeri Kedah, buah asam pula di Johor dan buah pauh di Kelantan. Pokok mangga mula mengeluarkan buah pada tahun pertama hingga tahun kelima selepas ditanam, ia juga bergantung kepada jenis klon yang ditanam. Tempoh buah manga boleh dipetik adalah di antara 110 hingga 150 hari selepas pendebungaan bergantung kepada klon yang tertentu. Bagi kematangan buah mangga, ia boleh dilihat pada perubahan warna yang ketara dari warna hijau ke hijau kekuningan bergantung kepada klon. Jarak tanaman yang sesuai bagi pokok mangga ialah 7 m 7 m atau 9 m x 9 m dengan system segi empat sama. Klon buah mangga yang ditanam di ladang UPM ialah MA 224 (Chok Anan), MA 223 (Nam Dok Mai), MA 194 Apple), MA 128 ( Harumanis ) dan banyak lagi. Kebiasaannya buah manga dimakan segar dan boleh juga dijadikan produk seperti jus, jeruk,halwa dan lain-lain. Buah mangga sangat berkhasiat, manis, enak dan mengandungi Vitamin A, C, B2 dan B3.

Disediakan oleh: Norhaimanshah Ismail

Tarikh Input: 10/10/2019 | Kemaskini: 27/11/2020 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEZWAX~