MENGKOMERSIALKAN INDUSTRI BERPOTENSI TERNAKAN PUYUH | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » MENGKOMERSIALKAN INDUSTRI BERPOTENSI TERNAKAN PUYUH

MENGKOMERSIALKAN INDUSTRI BERPOTENSI TERNAKAN PUYUH

MENGKOMERSIALKAN INDUSTRI BERPOTENSI TERNAKAN PUYUH

12 October 2020

Ternakan puyuh telah dianggap sebagai suatu industri yang menguntungkan bagi pasaran tempatan. Puyuh merupakan salah satu pilihan orang ramai yang gemarkan tesktur daging yang lembut serta rasa yang enak. Kebiasaannya ternakan puyuh dibela secara kecil-kecilan dan telur puyuh menjadi produksi utama dalam penternakan ini manakala daging burung puyuh adalah produk sampingan.

Lima spesis umum burung puyuh iaitu Burung Puyuh Jepun(Coturnix japoniica), Burung Puyuh Batu (Coturnix chinensis), Burung Puyuh Gonggong (Arborophila javonica), Burung Puyuh Mahkota (Rollulus roulroul) dan Burung Puyuh Tanah (Turnix suscitator) yang boleh didapati di negara kita. Antara spesies burung puyuh ternak untuk daging dan telur yang terkenal di dunia adalah American Bobwhite, California quail, Common Quail, Rail Quail dan Chinese Painted Quail. Habitat burung puyuh asalnya dikawasan hutan,ladang pertanian,sawah kering atau semak belukar. Haiwan ini terkenal dengan sifat pemalu, liar, bergerak pantas dan mudah terkejut apabila didekati manusia.


Telur burung puyuh mempunai sumber khasiat yang tinggi dan dikatakan boleh mengubati penyakit kulit seperti eczema dan prosiosis. Malahan, kandungan kolestrolnya yang lebih rendah berbanding telur ayam menjadikan telur puyuh menjadi pilihan sesetengah komuniti untuk menjadikannnya makanan pilihan.

Di Malaysia, burung puyuh diternak seperti ayam tetapi memerlukan skala ladang atau reban yang lebih kecil. Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada penternak dan kebiasaanya saiz bangsal 10,000 ekor puyuh hanya memerlukan 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi. Luas kawasan pemeliharaan seekor hanya memerlukan 210 meter persegi dan kebiasanya dibela di dalam kotak kayu.

Antara yang menjadi pemasalahan kecil dalam industri puyuh ialah kos serta seumber pemakanan dan pemprosesan daging puyuh. Bagi mengatasi masalah ini penternak kadang kala menggantikan dengan makanan ayam pedaging kerana makanan burung puyuh tidak dijual dalam skala yang sedikit dan ini merumitkan bagi penternak kecil untuk menanggung masalah tersebut. Selain itu, pemprosesan burung puyuh juga dilaksanakan jualan secara jualan bersih proses. Saiz burung puyuh yang berbeza juga menjadikan jualan daging puyuh yang bersih proses dijual mengikut gred.

Artikel ini disediakan untuk Laman Web Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia

Disediakan oleh Dr. Muhammad Azrolharith bin Rashid, Pegawai Veterinar

Sumber imej daripada myagri.com.my

 

 

Tarikh Input: 12/10/2020 | Kemaskini: 12/10/2020 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdCAT~