Keajaiban Penawar Senduduk Bulu | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » Keajaiban Penawar Senduduk Bulu

Keajaiban Penawar Senduduk Bulu

Senduduk bulu (Clidemia hirta) berasal dari Amerika Selatan.  Di Malaysia, ia tumbuh di pinggir dan lorong hutan, tepi jalan, kawasan kediaman dan juga pertanian. Senduduk bulu tersebar dan boleh ditanam melalui bijinya.

Daun senduduk bulu boleh dibuat teh dan daunnya ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada kulit yang calar, kudis, lebam dan ulser. Daunnya ditumbuk Bersama bahan-bahan tertentu dan digunakan untuk merawat pelbagai maslah kulit.

Kandungan tanin didalam senduduk bulu bertindak balas dengan mengerakan protein. Tanin yang masuk ke dalam perut boleh mengatasi bengkak atau radang. Tanin juga mengurangkan cirit-birit  bagi orang yang menghadapi masalah ini. Sebagai ubat luaran, tannin boleh menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka, lecur,dan terbakar. Tanin juga, boleh melegakan mata yang terlalu letih. Dikatakan bahawa, tumbuhan ini juga bagus untuk ternakan kambing yang mengalami cirit-birit namun jika makan terlalu banyak daun senduduk bulu akan menyebabkan keracunan

 

Sumber: Rumpai (Khasiat Ubatan & Makanan)

Tarikh Input: 24/11/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXERDAJ~