Pengenalan
Pembiakan tampang secara markot atau dikenali juga sebagai tut adalah cara pembiakan yang sangat popular. Pokok dapat diperbanyakkan dengan cepat untuk dipindahkan ke kawasan lain atau untuk dijual.
Secara amnya, markot adalah kaedah pembiakan di mana dahan atau ranting akan dilekapkan media pengakaran padanya sebelum pokok baharu dihasilkan.
Di antara pokok buah-buahan yang sesuai menggunakan kaedah markot adalah limau, longan dan jambu.
Kebaikan
Kelemahan
Peralatan dan Bahan
![]() |
![]() |
|
Pisau cantuman & Scateur
|
Plastik lutsinar & Tali pengikat
|
|
![]() |
![]() |
|
Hormon penggalak akar (jika perlu) contoh: seradix
|
Media pengakaran contoh: jiffy-7 / cocopeat / tanah gembur yang dikepal
|
Kaedah
![]() |
Pilih dahan atau ranting. Sebaiknya pilih yang separa tua, berdaun matang, tidak berbunga/buah
|
|
Buang daun/ranting kecil di tempat yang akan dibuat kelaran, biasanya 60-90cm dari pucuk dengan menggunakan scateur
|
||
![]() |
Buat kelaran pertama di bawah kutil (node) di sekeliling dahan/ranting dengan menggunakan pisau cantuman
|
|
![]() |
Buat kelaran kedua kira-kira 2-3cm di bawah kelaran pertama di sekeliling dahan/ranting
|
|
![]() |
Buat kelaran menegak di antara kelaran pertama dan kedua
|
|
![]() |
Kupil kulit dahan/ranting bagi mendedahkan batang (berwarna terang)
|
|
![]() |
Kikis lapisan kambium (berlendir) sehingga kering
|
|
![]() |
Sapu hormon penggalak akar di kelaran pertama
|
|
![]() |
Ikat balutan plastik di bawah kelaran kedua
|
|
![]() |
Tekap media pengakaran di antara kelaran pertama dan kedua tadi
|
|
![]() |
Naikkan balutan plastik ke atas kelaran pertama dan ikat dengan kemas
|
|
![]() |
Bertanggung kepada jenis pokok, selepas 21-30 hari, akar baharu akan kelihatan
|
|
Dahan/ranting boleh dipotong di bawah media pengakaran, dibuka balutan plastik dan seterusnya dipindahkan ke kawasan lain atau ke dalam polibeg untuk dijual
|
Kesimpulan
Kaedah cantuman markot boleh dicuba kerana ianya mudah dan kadar kejayaan adalah tinggi. Namun tidak semua pokok sesuai dengan menggunakan kaedah ini.
Kredit foto: Junizawati Mohd Zin, Pegawai Pertanian, Taman Pertanian Universiti
Tarikh Input: 20/06/2021 | Kemaskini: 22/06/2021 | syedghazali
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan