5 MANFAAT ROSELLE YANG ANDA PATUT TAHU ! | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » 5 MANFAAT ROSELLE YANG ANDA PATUT TAHU !

5 MANFAAT ROSELLE YANG ANDA PATUT TAHU !

5 MANFAAT ROSELLE YANG  ANDA PATUT TAHU!

 kebuna.com

Buah roselle (Hibiscus sabdariffa) yang berwarna merah menyala membuatkan tanaman ini cantik untuk dijadikan tanaman hiasan.  Namun begitu, ternyata roselle mengandungi banyak khasiat dan manfaat sehingga menjadikan ia salah satu peluang agro pertaniaan yang berprospek cerah.

Jangan terkejut akan rasa roselle yang seperti   beri hitam ini mempunyai banyak zat yang diperlukan oleh tubuh. Antara manfaat yang boleh didapati dari tanaman ini seperti:

 

  1. Sebagai antioksidan

Kandungan antioksidan yang dimiliki oleh roselle ini dapat membantu menghalang radikal bebas yang merosakkan sel dalam kulit. Selain itu  mengamalkan antioksidan juga boleh merawat tumor dan kanser  

 

  1. Bahan pembuat makanan

Di Afika, daun muda rosel dan biji roselle  dimakan kerana dipercayai mengandungi sejenis minyak yang baik untuk badan.

 

  1. Ubat perawatan kulit

Daun roselle mengandungi antibiotic atau asiaticoside (triterpene glycoside) yang berfungsi merangsang pembentukan lipid serta protein yang berguna  untuk perawatan dan kesihatan kulit.

 

  1. Meningkatkan nafsu makan

Kandungan zat dalamroselle yang bersifat stomachic atau merangsang mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan nafsu makan

 

  1. Bahan produk minuman

Kelopak bunga rosel merah boleh dibuat sirap, the, dan pelbagai minuman lain. Kaya dengan vitamin A, C dan amino asid yang baik bagi stamina tubuh badan. Selain itu, roselle juga dipercayai dapat mengurangkan kesan negative dari nikotin bagi peroko aktif .

Sumber : 15 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Bagi Kesihatan dan Kecantikan.

 

Tarikh Input: 23/11/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdAAk~