33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» MENGENAI KAMI » ANUGERAH & PENCAPAIAN » 33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia

33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia

ITEX merupakan pameran rekacipta dan inovasi berprestij antarabangsa yang diadakan secara tahunan, anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S. ITEX turut menyediakan platform dan pasaran bagi idea dan inovasi terkini di peringkat global

ITEX 2022 menerima lebih daripada 500 penyertaan daripada sektor korporat, antarabangsa, universiti, institusi penyelidikan dan sebagainya yang melibatkan lebih daripada 15 buah negara antaranya Arab Saudi, Singapura, Thailand dan banyak lagi.

UPM menarik perhatian perekacipta dari dalam dan luar negara, dengan mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional meliputi pertanian, kejuruteraan, sains sosial dan bioteknologi.

 

Pusat Pertanian Putra (PPP) melalui Bahagian Pengeluaran dan Pemasaran Produk Pertanian (BPPPP) telah menghantar Inovasi Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap Improves Marcotting Propagation Technique, diketui oleh Md Rozaidi Md Yusof dari kumpulan The Budders.

Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap Improves Marcotting Propagation Technique merupakan inovasi yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelawat ITEX di ruang pameran serta menyumbang pingat emas kepada UPM.

Inovasi ini dihasilkan bagi memudahkan proses pembiakan markot memandangkan ia adalah kaedah pembiakan tanaman yang popular dan merekodkan peningkatan produktiviti sehingga 400% dan 50% pengurangan proses kerja sekaligus kejayaan pembiakan tanaman secara markot juga meningkat kepada 91%.

  

Syabas dan tahniah diucapkan.

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdSAe~