Penjagaan Belimbing Besi | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » Penjagaan Belimbing Besi

Penjagaan Belimbing Besi

Nama botani atau saintifik bagi belimbing besi ialah Avverrhoa carambola yang tersenarai dalam keluarga Oxalidaceae. Belimbing besi tidak mempunyai musim buah yang utama, tetapi ia berbuah sepanjang tahun, dan secara amnya, buah belimbing besi boleh dituai sehingga enam kali dalam setahun. Pokok belimbing besi boleh dibiak dengan menggunakan kaedah pembiakan mata tunas dan kaedah pembiakan tut. Kaedah cantuman mata tunas mempunyai peratusan kejayaan yang tinggi dan mudah untuk dipraktikkan. Bagi membuat kaedah pembiakan cantuman mata tunas, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah pokok  penanti yang berumur empat bulan ke atas, ranting kayu mata tunas, pisau cantuman dan plastik pembalut lutsinar. Setelah anak pokok berjaya dicantum serta diberi penjagaan yang sempurna di tapak  semaian, maka anak pokok telah sedia untuk ditanam diladang apabila mencapai umur 10 bulan keatas. Jarak tanaman bagi belimbing besi adalah disyorkan 6 meter (m) x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama yang mana jumlah anak pokok belimbing yang dapat ditanam ialah 278 pokok sehektar. Pokok belimbing besi mula mengeluarkan buah bermula umur sembilan bulan dan keatas dan pokok yang ditanam dengan menggunakan biji benih, pokok akan mula berbuah apabila mencapai umur empat tahun dan ke atas. Buah belimbing besi perlu dipetik apabila terdapat perubahan warna hijau gelap ke warna hijau kekuningan. Kebanyakan buah belimbing besi mempunyai biji dan terdapat juga buah yang tidak mempunyai biji bergantung kepada kultivar. Buah belimbing besi mempunyai rasa dari masam hingga manis, amat berjus, dan sangat rangup. Varieti belimbing besi yang popular ialah B2 (Pendebungaan), B10 dan B1.

Disediakan oleh: Norhaimanshah Ismail  

Tarikh Input: 10/10/2019 | Kemaskini: 27/11/2020 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdWAf~