Kaedah Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan - Cantuman Baji | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » Kaedah Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan - Cantuman Baji

Kaedah Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan - Cantuman Baji

Pengenalan

Secara amnya, pembiakan tampang pokok buah-buahan secara cantuman baji adalah kaedah melekapkan bahagian pokok baka (scion/pucuk) yang dicantumkan pada pokok penanti sebelum pokok baharu dihasilkan.

Di antara pokok buah-buahan yang sesuai menggunakan kaedah cantuman baji adalah durian, mangga dan manggis.

 

Kebaikan

  • Mengekalkan ciri pokok induk/asal

 

Kelemahan

  • Memerlukan kemahiran
  • Memerlukan pokok penanti
  • Peratus kejayaan sederhana (bergantung kepada kemahiran)
  • Batang pokok buah-buahan yang telah dewasa berkemungkinan akan serkah di tempat cantuman jika tidak kerap membuat pemangkasan

 

Peralatan dan Bahan

 
Scion/Pucuk
  Pisau cantuman, Scateur, Pita Pengikat, Sarung Plastik
     
     
Pokok Penanti (pokok yang disemai dari bijibenih yang telah berusia 5-7 bulan)  


Kaedah

 
Potong bahagian atas pokok penanti dengan menggunakan scateur
 
Bahagian pokok penanti yang akan dipotong sebaiknya sama diameter dengan scion/pucuk yang akan digunakan kemudian
 
Buat belahan menegak kira-kira 1-2cm di tengah-tengah batang pokok penanti dengan menggunakan pisau cantuman
 
Sediakan scion/pucuk dengan membuang daun dan ranting sertakan tinggalkan 3-4 helai pucuk yang telah dikerat separuh
 
Buat kelaran berbentuk baji di pangkal batang scion/pucuk
 
Kelaran baji ini sebaiknya boleh muat ke dalam belahan pada pokok penanti
 
Selitkan scion/pucuk ke dalam belahan pada pokok penanti
 
Pastikan belahan pada pokok penanti tidak patah semasa scion/pucuk diselitkan
 
Ikat bahagian yang telah dicantum menggunakan pita pengikat
 
Ikatan mestilah kemas dan tidak longgar agar belahan pokok penanti dan scion/pucuk benar-benar melekat kemas
 
Serkup scion/pucuk dengan sarung plastik lutsinar
 
Tempatkan pokok penanti yang telah dicantum di bawah naungan 30-40% ketelusan cahaya matahari
 
Bertanggung kepada jenis pokok, selepas 14-30 hari, pucuk baharu akan mula kelihatan
 
Buka sarung plastik lutsinar dan buka ikatan pita pengikat.

 

Kesimpulan

Kaedah cantuman baji boleh dicuba mengikut kesesuaian pokok buah-buahan.

 

 

Kredit foto: Junizawati Mohd Zin, Pegawai Pertanian, Taman Pertanian Universiti

Tarikh Input: 21/06/2021 | Kemaskini: 22/06/2021 | syedghazali

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdBAF~