Kaedah Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan - Cantuman Matatunas | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » Kaedah Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan - Cantuman Matatunas

Kaedah Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan - Cantuman Matatunas

Pengenalan

Secara amnya, pembiakan tampang pokok buah-buahan secara cantuman matatunas adalah kaedah menampalkan bahagian pokok baka (matatunas) yang dicantumkan pada pokok penanti sebelum pokok baharu dihasilkan.

Di antara pokok buah-buahan yang sesuai menggunakan kaedah cantuman matatunas adalah durian, rambutan dan pulasan.

 

Kebaikan

  • Mengekalkan ciri pokok induk/asal
  • Popular di kalangan pembiak baka

 

Kelemahan

  • Memerlukan kemahiran
  • Memerlukan pokok penanti
  • Peratus kejayaan rendah (bergantung kepada kemahiran)

 

Peralatan dan Bahan

 
Ranting matatunas   Pokok Penanti (pokok yang disemai dari bijibenih yang telah berusia 5-7 bulan)
     
  
Pisau cantuman, Scateur, Pita Pengikat


Kaedah

 
Buang daun/ranting kecil di tempat yang akan dibuat kelaran pada batang pokok penanti dengan menggunakan scateur atau pisau cantuman, biasanya pada bahagian batang yang separa-tua
 
Buat dua (2) kelaran menegak kira-kira 1-3cm di tengah-tengah batang pokok penanti dengan menggunakan pisau cantuman
 
Buat kelaran melintang di atas dua (2) kelaran menegak pada batang pokok penanti
 
Kupas kulit pada batang pokok penanti dan kerat di bahagian bawah kelaran tadi
 
Tinggalkan sedikit kulit batang pokok penanti di bahagian bawah kelaran bagi memudahkan matutunas diselitkan sebentar nanti
 
Pada ranting matatunas, pilih mataunas yang sesuai
 
Buat dua (2) kelaran menegak pada ranting matatunas
 
Kupas kulit matatunas dari ranting matatunas
 
Buang lapisan kayu pada ranting matatunas
 
Elakkan dari menyentuh bahagian dalam kulit matatunas
 
Tampal lapisan kulit matatunas ke bahagian yang telah dibuat kelaran tadi
 
Ikat bahagian yang telah dicantum menggunakan pita pengikat, pastikan elak ikatan pada matatunas
 
Ikatan mestilah kemas dan tidak longgar agar matatunas yang telah ditampal melekat kemas pada batang pokok penanti
 
Bertanggung kepada jenis pokok, selepas 14-30 hari, tunas baharu akan mula kelihatan
 
Pita pengikat boleh dibuka
 
Jika tiada tunas baharu kelihatan, cantuman matatunas boleh diulang di bahagian lain pada batang pokok penanti.

 

Kesimpulan

Kaedah cantuman matatunas boleh dicuba mengikut kesesuaian pokok buah-buahan serta kemahiran masing-masing.

 

 

Kredit foto: Junizawati Mohd Zin, Pegawai Pertanian, Taman Pertanian Universiti

Tarikh Input: 22/06/2021 | Kemaskini: 22/06/2021 | syedghazali

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXERFAa~