TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI MENYAMBUT BAIK AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) | PUTRA AGRICULTURE CENTRE
» NEWS » TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI MENYAMBUT BAIK AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI MENYAMBUT BAIK AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

SERDANG, 4 Oktober 2021, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia menyambut baik Amalan EKSA bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja selain daripada  menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta meningkatkan imej korporat dan mewujudkan pembudayaan amalan hijau di tempat kerja.

Moto EKSA UPM adalah “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.

Visi dan Misi EKSA UPM adalah seperti berikut:

Visi

Peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif

Misi

  • Melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan dan lebih produktif.
  • Mewujudkan budaya kerja dan urus tadbir terbaik.
  • Membina budaya dan nilai bersama yang cemerlang.

Taman Pertanian Universiti komited melaksanakan amalan EKSA. Satu organisasi dalaman telah ditubuhkan yang diketuai oleh En Johan Bin Ali,  Ketua Bahagian Perkhidmatan & Kewangan  bersama seramai 14 orang staf TPU telah dilantik untuk mengetuai bahagian masing-masing dalam usaha menghidupkan amalan  EKSA di TPU .

Date of Input: 04/10/2021 | Updated: 04/10/2021 | liliamira

MEDIA SHARING

PUTRA AGRICULTURE CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXETAAq~