Seksyen Hiasan Dan Rekreasi | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN PERKHIDMATAN LANDSKAP HIASAN DAN REKREASI » Seksyen Hiasan dan Rekreasi

Seksyen Hiasan dan Rekreasi

Seksyen Hiasan dan Rekreasi  mempunyai 2 unit iaitu Unit Pengurusan Majlis dan  Perkhidmatan Hiasan dan satu Unit Fasiliti dan Rekreasi .

Unit Fasiliti dan  Rekeasi mengawalselia kawasan tumpuan warga kampus berkeluasan 40 hektar, mempunyai 5 kolam untuk rekreasi air, turut menempatkan Bangunan Astaka Orkid, Pentas Angsana dan Rumah Mutiara. Terdapat 4 wakaf berkongsep santai keluarga serta pelbagai kemudahan senaman  dan padang permainan kanak-kanak turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Bangunan Astaka Orkid berfungsi sebagai pameran hortikultur (tapak pameran sempena ekspo pertanian dan sewaan ruang bagi majlis-majlis keraian dan terutamnya perkahwinan .Bangunan Astaka orkid juga menjadi satu entiti universiti yang menjana pendapatan.

Bukit Ekspo dibahagikan kepada 5 zon iaitu Zon Mata Tunas, Zon Tapak Ekspo, Zon Rempahan, Zon Rekreasi dan Zon Mutiara. 200 spesies kelompokan tumbuhan di kawasan Bukit Ekspo adalah terdiri dari koleksi klon durian, rambutan dan buah buahan nadir seperti kundang (Bouea macrophylla) dan binjai (Mangifera caesia) di Zon Mata tunas, pokok-pokok teduhan dan hiasan di Zon Tapak Ekspo, koleksi pelbagai tanaman rempahan seperti pokok kayu manis (Cinnamomum iners),  cengkih (Syzygium aromatic) dan  lada hitam (Piper nigrum) di Zon Rempahan.

Di Zon Mutiara pula terdapat tumbuhan hiasan dan pokok buah bambangan (Mangifera pajang) yang berasal dari Sabah dan pokok buah putat (Barringtonia racemosa), manakala  Zon Rekreasi mempunyai koleksi pelbagai pokok buah buahan nadir seperti buah mentega (Diospyros discolour),  rambai istana (Lepisanthes alata), mertajam (Erioglossum rubiginosum) dan bidara (Ziziphus mauritiana) dan pokok naungan seperti ru pantai (Casuarina equisitifolia) dan mambu (Azadirachta indica).

 Unit Pengurusan Majlis dan Perkhidmatan Hiasan  mempunyai 4 buah rumah teduhan, 2 rumah persekitaran terkawal (CES), 4 petak tanaman hiasan tanpa lindungan dan lebih 4,000 tanaman pasu pelbagai jenis. Bangunan Headhouse selain menempatkan ruang pejabat operasi juga menyediakan  ruang kerja untuk penyediaan tanah campuran dan juga untuk tujuan kelas amali pelajar dan praktikal

 

PERKHIDMATAN LAIN

Seksyen ini menyediakan perkhidmatan kawasan dan hiasan .Perkhidmatan kemudahan kawasan rekreasi seperti kawasan Padang ,Astaka Orkid ,dan Kolam. Selain itu aktiviti Sukan Air juga boleh dijalankan dengan menyewa Kolam di Bukit Ekspo .

Unit Perkhidmatan Nurseri Hiasan pulak menyediakan Kemudahan Hiasan bagi majlis rasmi universiti . 

Kadar sewa bagi setiap perkhidmatan (dan harga jualan untuk produk ladang lain) adalah seperti dilampiran (jika berkaitan)

 Sewa 

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdAAy~