Aktiviti rutin pengurusan ternakan seperti pembersihan kandang, pemberian makanan, penimbangan, pemberian vaksin/ubat cacing (mengikut jadual Kesihatan Gerompok), tattoo dan tagging (bagi ternakan yang baru lahir atau apabila tag jatuh), pengurusan rekod, rawatan bagi ternakan sakit dan sebagainya.
Fungsi & Peranan Seksyen Ruminan Besar
1. Menyokong matlamat UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktik pelajar UPM.
2. Membolehkan universiti menjalankan aktiviti pengajaran berterusan berkaitan lembu tenusu & pedaging yang boleh ditawarkan kepada warga kampus dan orang awam.
3. Membolehkan universiti menjana pendapatan melalui aktiviti hasilan tenusu, jualan ternakan dan lawatan edupark.
Bahagian Ternakan, Taman Pertanian Universiti, UPM amat menitikberatkan keperluan ‘Good Animal Husbandary Practice' (GAHP) dalam aspek pengurusan ternakan. Melalui amalan ini, pengurusan ternakan akan menjadi lebih baik dan efisien serta dapat menjamin hasil ternakan yang terbaik dan berkualiti.
Pada tahun 2020 Bahagian Ternakan sedang menuju ke arah pensijilan MyGAP bagi :
Di antara aktiviti utama Ladang ini adalah :
Ladang ini komited kepada Pengurusan dan Pengeluaran Ternakan Ruminan (Lembu, Lembu Tenusu, Lembu Tenusu Farm Fresh, Kambing dan Rusa) bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui pelaksanaan Amalan Penternakan Baik (GAHP) MS 2027:2006 dan MS ISO 9001:2008.
Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan