BAHAGIAN TERNAKAN | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN TERNAKAN

BAHAGIAN TERNAKAN

 

Pengenalan

Bahagian Ternakan (BTE) adalah merupakan salah satu bahagian yang terdapat  di PPP. Bahagian ini terletak di timur kampus UPM dan dikelilingi oleh Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya SILK, Lebuhraya SKVE dan direntasi oleh perkhidmatan ERL. Keluasan kawasan ternakan kini dianggarkan lebih kurang 120 hektar yang meliputi pejabat pentadbiran, tempat pemerahan susu, padang ragut bagi lembu, rusa, kandang kambing dan juga kawasan  kolam, wakaf dan trek untuk menunggang kuda.

Fungsi utama Bahagian Ternakan ialah:

  • Untuk menyokong matlamat universiti dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktikal pelajar UPM.
  • Menjadikan kawasan UPM kawasan berkonsepkan ’’Educational Meadows’ di mana terdapat kawasan berpagar, kawasan ragutan, pohon naungan, kolam-kolam dan trek berkuda berunsur pendidikan.
  • Untuk menjadikan kawasan ternakan sebagai kawasan yang berdaya maju dalam pengeluaran ternakan dengan menggunakan teknologi terkini.
  • Untuk mengekalkan suasana kampus hijau dan menjadi lokasi ’agrotourism’ dengan aktiviti yang mesra alam.
  • Untuk menyediakan kemudahan dan kawasan bagi aktiviti rekreasi dan riadah.

Bahagian Ternakan diurus tadbir oleh seorang Ketua Bahagian dengan dibantu oleh tiga ketua seksyen, iaitu Seksyen Ekuin dan Pastura, Seksyen Ruminan Besar (Pedaging dan Tenusu), Seksyen Ruminan Kecil (Kambing dan Rusa) dan kolam takungan. Kekuatan staf di Bahagian Ternakan ialah seramai 29 orang termasuk empat orang pegawai pertanian, seorang pegawai veterinar dan enam penolong pegawai. 

Objektif 

BTE bertanggungjawab dalam memenuhi objektif kualiti berkaitan proses pengurusan ternakan bagi menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan amali. Aktiviti yang dijalankan merangkumi proses pengurusan dan penjagaan ternakan ruminan, ternakan bukan ruminan dan pastura di Taman Pertanian Universiti.

TIGA SEKSYEN DI BAWAH BAHAGIAN TERNAKAN

 

Kemaskini:: 08/02/2024 [mohd.fawwaz]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETLA6~