Seksyen Tanaman Ladang | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN TANAMAN » Seksyen Tanaman Ladang

Seksyen Tanaman Ladang

|Galeri Gambar Seksyen Tanaman Ladang|

 

1. PENDAHULUAN

 

Seksyen Tanaman Ladang merupakan salah 1 daripada 5 seksyen di bawah Bahagian Tanaman, Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia (UPM). Seksyen ini lebih dikenali sebagai Seksyen Ladang Kongsi di mana kawasannya ditanam dengan pelbagai tanaman kontan atau tanaman makanan. Kawasan ini berkeluasan 10.2 hektar (25.21 ekar) secara keseluruhanya. Terletak di kawasan tanah jenis Siri Serdang yg sesuai untuk pertumbuhan pelbagai jenis pokok. Ia merangkumi dari petak A hingga G yang mempunyai keluasan yang berbeza. Semua aktiviti pengajaran,penyelidikan dan penghasilan dijalankan di kawasan tersebut.

 

Sebelum bulan Mac 2015, terdapat empat buah kolam meliputi kawasan seluas 3 hektar menjadi kawasan takungan air bagi membekalkan air kepada tanaman di ladang, namun 2 buah kolam daripadanya (kolam 1 dan 2) telah di kambus untuk dijadikan tempat parking kereta Hospital Pengajar UPM. Tanaman yang terdapat di Ladang Kongsi adalah terdiri daripada pisang, nanas, dan betik manakala tanaman jagung, umbisi, bijirin dan  kekacang kebiasannya di tanam oleh pelajar-pelajar kelas amalan ladang AGR3001.

Kawasan Ladang Kongsi mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan sedikit cerun mengarah ke arah kolam takungan bersebelahan. Mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pelbagai tanaman. Kawasan ini dibekalkan dengan sistem pengairan (jenis rain gun) yang boleh membekalkan air kepada tanaman setiap hari. Ladang Kongsi juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengajaran dan penyelidikan pelajar antaranya:

  • Setor Alatan Pelajar
  • Setor Racun
  • Setor Baja
  • Setor Alatan dan Mesin Kecil
  • Rumah Semaian
  • Ruangan Taklimat Pelajar

 

Disamping menyediakan kemudahan untuk pengajaran dan penyelidikan pelajar, ladang ini juga terdapat kawasan untuk aktiviti pengeluaran hasil tanaman (Projek Penjanaan TPU).

 


2. STRUKTUR ORGANISASI

 


 

3. LOKASI


Lokasi pejabat bagi Seksyen Tanaman Ladang terletak di pintu masuk kawasan Agrotek  manakala kawasan ladang terletak di bersebelahan kawasan agrotek dan berhampiran Hospital Pengajar UPM serta Kolej 17 UPM. Anggaran keluasan ladang adalah sekitar 25.21 ekar atau 10.2 hektar.

 

Bangunan Ladang Kongsi


 

 4. PETA KAWASAN LADANG

 


 

5.  MAKLUMAT JENIS TANAMAN

 

A. TANAMAN PISANG

Jenis: Nangka

Tarikh tanam: September 2019

Anggaran bilangan pokok: 1000 pokok

Petak : B

 

B.  TANAMAN PISANG

Jenis: Abu Nipah

Tarikh tanam: Oktober 2019

Anggaran bilangan pokok: 100 pokok

Petak : C


 C.  TANAMAN PISANG

Jenis: Lemak Manis

Tarikh tanam: 2017

Anggaran bilangan pokok: 60 pokok

Petak : G


D)  TANAMAN NANAS

Jenis: MD 2

Tarikh tanam: Disember 2019 (fasa 1) dan  Februari 2020 (fasa 2)

Anggaran bilangan pokok: 45000 pokok

Petak : C dan D


 


 

5.  FUNGSI UNIT

  • Mengurus dan merancang segala aktiviti pembangunan kawasan seksyen.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan ladang dan tanaman sepertimana yang telah dirancang.
  • Menjalankan aktiviti penanaman sekiranya ada projek baharu dan penyulaman kepada tanaman yang sediada.
  • Menjalankan kerja-kerja penuaian hasil apabila tanaman mengeluarkan hasil.
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan nurseri dan pembersihan kawasan pejabat serta sekitarnya.
  • Membantu dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan industri.

 


 

6. GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Pembincangan pembangunan seksyen
Pengurusan tanaman nanas
Penjagaan tanaman pisang
     
   
Kerja-kerja pasca tuai pisang
Jualan hasil secara borang dan runcit
   
   

Lagi Galeri Gambar

 

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SWMGSA~