Pemeriksaan Semula Pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (MYGAP) Di Bahagian Ternakan, Pusat Pertanian Putra | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BERITA » Pemeriksaan Semula Pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (MYGAP) di Bahagian Ternakan, Pusat Pertanian Putra

Pemeriksaan Semula Pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (MYGAP) di Bahagian Ternakan, Pusat Pertanian Putra

Pemeriksaan Semula Pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (MYGAP) di Bahagian Ternakan, Pusat Pertanian Putra

Serdang, 15 Ogos – Bahagian Ternakan, Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia telah menghadapi pemeriksaan semula bagi tujuan pembaharuan sijil Malaysian Good Agricultural Practices (MYGAP) pada 15 Ogos 2022.

Pegawai Pemeriksa Veterinar (PPV) yang terlibat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) iaitu En. Afandi bin Abu Bakar dan Pn. Nurul Aina binti Abdullah. Pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan ladang (persekitaran kandang dan ladang) serta dokumen dan rekod yang berkaitan MYGAP.

Bahagian Ternakan telah dapat mengekalkan Audit MYGAP pada kali ini tanpa sebarang teguran ketidakakuran dari pihak juruaudit.

Sijil MYGAP di Ladang 16 telah diperolehi sejak tahun 2014 dan perlu diperbaharui setiap dua atau tiga tahun sekali bergantung kepada audit MYGAP. Sijil MYGAP yang diperolehi dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada kali ini akan tamat pada 31 Disember 2023. No. sijil adalah T525, merangkumi ternakan Lembu Pedaging, Lembu Tenusu, Kambing Pedaging dan Rusa.

Selain itu, Bahagian Ternakan telah mengadakan persiapan untuk menghadapi audit dari aspek kesihatan ternakan, kebersihan kawasan, biosekuriti dan sentiasa mengemaskini dokumen dan rekod ISO yang berkaitan.

 

 

Pembukaan audit MYGAP oleh Ketua Bahagian Ternakan, En. Mohd Tarmizi Ishak

 

Gambar Sekitar Audit MYGAP

 

 

 

Tarikh Input: 12/10/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | liliamira

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXEZKAZ~