Seksyen Ruminan Besar (Pedaging Dan Tenusu) | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN TERNAKAN » Seksyen Ruminan Besar (Pedaging dan Tenusu)

Seksyen Ruminan Besar (Pedaging dan Tenusu)

Aktiviti rutin pengurusan ternakan seperti pembersihan kandang, pemberian makanan, penimbangan, pemberian vaksin/ubat cacing (mengikut jadual Kesihatan Gerompok), tattoo dan tagging (bagi ternakan yang baru lahir atau apabila tag jatuh), pengurusan rekod, rawatan bagi ternakan sakit dan sebagainya.

Fungsi & Peranan Seksyen Ruminan Besar 

1. Menyokong matlamat UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan latihan praktik pelajar UPM.

2. Membolehkan universiti menjalankan aktiviti pengajaran berterusan berkaitan lembu tenusu & pedaging  yang boleh ditawarkan kepada warga kampus dan orang awam.

3. Membolehkan universiti menjana pendapatan melalui aktiviti hasilan tenusu, jualan ternakan dan lawatan edupark.

Bahagian Ternakan, Taman Pertanian Universiti, UPM amat menitikberatkan keperluan ‘Good Animal Husbandary Practice' (GAHP) dalam aspek pengurusan ternakan. Melalui amalan ini, pengurusan ternakan akan menjadi lebih baik dan efisien serta dapat menjamin hasil ternakan yang terbaik dan berkualiti.

Pada tahun 2020 Bahagian Ternakan sedang menuju ke arah pensijilan MyGAP bagi :

  • Pengurusan Ternakan Lembu Tenusu Farm Fresh UPM

Di antara aktiviti utama Ladang ini adalah :

  • Menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional (lawatan dan latihan pengembangan) yang berkaitan dengan ternakan ruminan.
  • Pengeluaran hasil ternakan.
  • Memberi latihan kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek penternakan.
  • Skop Perlaksanaan dan Dasar Kualiti

 

Ladang ini komited kepada Pengurusan dan Pengeluaran Ternakan Ruminan (Lembu, Lembu Tenusu, Lembu Tenusu Farm Fresh, Kambing dan Rusa) bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui pelaksanaan Amalan Penternakan Baik (GAHP) MS 2027:2006 dan MS ISO 9001:2008.

 

 

Kemaskini:: 08/02/2024 [mohd.fawwaz]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDcTAv~