Seksyen Agroteknologi | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN TANAMAN » Seksyen Agroteknologi

Seksyen Agroteknologi

 

|Galeri Gambar|

 

 

PENDAHULUAN

Seksyen Agroteknologi adalah salah satu daripada lima seksyen di bawah Bahagian Tanaman.  Kawasan Agroteknologi terletak bersebelahan dengan Seksyen Tanaman Ladang, Padang Golf dan Hospital Pengajar UPM (HPUPM). 

 

Fungsi dan Peranan Seksyen Agroteknologi adalah;

  1. Menyediakan kemudahan dan kawasan untuk aktiviti Amalan dan Amali ladang serta Latihan Praktik pelajar.
  2. Menjalankan aktiviti penanaman tanpa tanah seperti Fertigasi, Pembiakan secara tisu kultur, pembenihan cendawan dan penanaman cendawan tiram kelabu.
  3. Membantu UPM menjana pendapatan daripada jualan hasil pertanian seperti anak pisang tisu kultur, sayur-sayuran, melon dan cendawan tiram kelabu 

 


STRUKTUR ORGANISASI


Di bawah Seksyen ini terdapat tiga Unit utama iaitu

  • Unit Tisu Kultur
  • Unit Fertigasi
  • Unit Cendawan.

Terdapat 9 orang staf yang membantu menjalankan operasi harian di bawah Seksyen Agroteknologi.

  


AKTIVITI

 

  • Mengusahakan tanaman sayuran daun, sayuran buah dan rock melon yang ditanam secara fertigasi untuk showcase
  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan dan tanaman
  • Menjalankan aktiviti penanaman dan memulakan projek baru seperti yang di rancang oleh unit
  • Menjalankan kerja-kerja penuaian hasil apabila tanaman mengeluarkan hasil.
  • Menjalankan kerja-kerja mengambail bahan tanaman untuk kultur tisu
  • Menyediakan benih cendawan
  • Menyediakan media dan lain-lain aktiviti yang terlibat dalam pengeluaran tiram kelabu.
  • Membantu dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan dan latihan industri.

 


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Aktiviti pengambilan sulur pisang untuk dibuat kultur tisu.  AKTIVITI PENGAMBILAN SULUR PISANG
Menyediakan benih cendawan
Proses menyediakan media cendawan tiram kelabu yang terdiri dari proses menyedia beg media menggunakan mesin "begging".
Memasang penutup pada mulut beg.
Beg yang telah siap disusun dalam rak sebelum dimasukkan dalam pengukus.
Meraikan pelawat
 
Menerima pelawat terdiri dari orang awan yang berminat dengan tanaman sayur secara hidroponik takung.
 Kerja-kerja polinate bunga rock melon  

Lawatan ke ladang  usahawan jaya.


Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdIAI~