BAHAGIAN TANAMAN | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN TANAMAN

BAHAGIAN TANAMAN

 

PENGENALAN


Bahagian Tanaman (BTA) merupakan sebuah bahagian yang besar merangkumi hampir separuh kawasan Pusat Pertanian Putra. Bahagian Tanaman mempunyai lima (5) seksyen yang terdiri daripada Seksyen Sayuran,  Seksyen Agroteknologi, Seksyen Tanaman Ladang, Seksyen Tanaman Industri dan Seksyen Buah-buahan. Bahagian ini diketuai seorang Ketua Bahagian, dengan dibantu oleh lima Pegawai Pertanian sebagai Ketua Seksyen, manakala di bawahnya terdapat beberapa kawasan atau Unit yang diselaraskan oleh Penolong Pegawai Pertanian.

Objektif

Bahagian Tanaman bertanggungjawab ke atas proses pengurusan tanaman bagi menyokong aktiviti pengajaran dan penyelidikan pelajar dan pekerja. Aktiviti dijalankan seperti mengenalpasti jenis tanaman, kawasan penanaman,pembajaan, penyelenggaraan, penuaian dan pascatuai dengan menjalankan aktiviti sejajar dengan keperluan Malaysian Good Agricultural Practises (MyGAP).

 

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

SXCdXAQ~