Seksyen Perkhidmatan Dan Pengurusan Landskap | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN PERKHIDMATAN LANDSKAP HIASAN DAN REKREASI » Seksyen Perkhidmatan dan Pengurusan Landskap

Seksyen Perkhidmatan dan Pengurusan Landskap

Pendahuluan

 

Skop kerja utama Seksyen Perkhidmatan dan Pengurusan Landskap (SPPL) ialah menjalankan perkhidmatan yang berkaitan penyelenggaraan dan pengurusan landskap, bagi memastikan persekitaran kampus sentiasa berada di dalam keadaan bersih, selamat dan selesa. Pelanggan utama bagi SPPL merupakan keseluruhan warga universiti di dalam kampus.

 

  1. Merancang, merangka, memberi khidmat nasihat teknikal dalam rekabentuk landskap / program / aktiviti kelestarian hijau kampus UPM bagi memenuhi keperluan universiti sebagai kampus hijau.

 

  1. Mengurus kontrak perkhidmatan penyelenggaraan landskap dan pembersihan kawasan serta pengurusan sampah bagi memastikan kepentingan universiti terpelihara.

 

  1. Menguruskan Sistem Permohonan Khidmat Pembangunan (Seksyen Perkhidmatan dan Pengurusan Landskap) agar permohonan dapat diuruskan dengan lebih efisien.

 

  1. Menyediakan data pengkalan landskap bagi kawasan penyelenggaraan agar pengurusan tanaman landskap lebih teratur.

 

  1. Melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan kendiri bagi pokok-pokok besar di Kampus UPM Serdang.

 

  1. Penggantian atau penanaman semula pokok yang mati atau sakit.

 

 

Objektif SPPL

 

  • Menjalankan urus tadbir semua kontrak penyelenggaraan di bawah jagaan SPPL sama ada kontrak berkala mahupun kontrak bersifat one-off dengan terurus dan tersusun tanpa sebarang pembaziran sumber.
  • Melaksanakan penyelenggaraan pokok teduhan yang terdapat di dalam kampus secara kendiri mengikut jadual dan permohonan PTJ semaksima mungkin berdasarkan kemampuan sumber tenaga kerja, kepakaran, dan mesin yang sedia ada.
  • Memberikan khidmat nasihat dan panduan kadar harga kerja kepada PTJ/pemohon berkenaan penyelenggaraan pokok teduhan serta pembersihan kawasan dan mengeluarkan kelulusan bagi kerja pemangkasan atau penebangan pokok di dalam kampus mengikut amalan arborikultur.
  • Merancang, merekabentuk dan melaksanakan kerja naik taraf landskap bagi memastikan kawasan persekitaran kampus berada dalam keadaan cantik dan terjaga mengikut keperluan kawasan dan kehendak universiti.
  • Merancang dan melaksanakan kerja penggantian pokok mati/sakit di dalam kampus bagi mengekalkan suasana kampus hijau.
  • Merancang kerja-kerja pengumpulan data inventori pokok di dalam kampus bagi memudahkan urusan penyelenggaraan dan pengenalpastian spesis pokok yang berada di dalam kampus.

 

 

Kemaskini:: 13/10/2022 [liliamira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
SXDdUAr~