BAHAGIAN LADANG BERSEPADU PUCHONG | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» BAHAGIAN » BAHAGIAN LADANG BERSEPADU PUCHONG

BAHAGIAN LADANG BERSEPADU PUCHONG

PENGENALAN BAHAGIAN LADANG bERSEPADU PUCHONG

 Di kenali sebagai Ladang Puchong;

*Dibuka pada tahun 1973 oleh Universiti Malaya
*Serah pada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1974
*13 KM dari kampus utama
*2 KM dari Putrajaya dan Cyberjaya
*Bersebelahan hutan simpan Air Hitam
*13 orang staf keseluruhannya
 
 
 
KAWASAN KERJA @ BAHAGIAN LADANG PUCHONG

Bahagian seluas 163 hektar ini terletak di Lot 13854 Mukim Petaling, Daerah Puchong.  Komponen kawasan adalah seperti berikut:

a. Dusun buah-buahan seluas 25 hektar.
b. Kawasan pastura seluas 80 hektar untuk ternakan kerbau.
c. 5 buah kolam ternakan ikan air tawar dan 16 buah tangki Fiber di seksyen ternakan (akuakultur)
d. Bank Genetik seluas 5 hektar kelolaan Unit Bank Genetik, Bahagian Tanaman.
e. Di kawasan yang dikhaskan kepada Fakulti Pertanian telah didirikan tapak-tapak penyelidikan sains tanah dan hatceri perikanan moden.
f. Sebuah bangunan pejabat untuk menempatkan staf, sebuah setor untuk menyimpan traktor dan perkakasan ladang dan kuarters staf PPP dan kawalan Bahagian Keselamatan UPM juga disediakan.

 


FUNGSI @ BAHAGIAN LADANG PUCHONG

a. Menjadi pusat pengumpulan gemplasma buah-buahan tropika untuk pembelajaran dan penyelidikan tempatan dan antarabangsa
b. Menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan akuakultur yang lengkap untuk pelajar dan penyelidik
c. Menyediakan infrastruktur asas untuk keusahawanan pelajar dalam bidang akuakultur, ternakan dan tanaman

JENIS-JENIS PENANAMAN / TERNAKAN @ BAHAGIAN PERTANIAN PUCHONG

Bahagian ini mempunyai pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan ternakan (akuakultur). Antaranya adalah seperti berikut:

 

Bil.

Jenis Tanaman

Jumlah

 

1.

Durian

9 ha

2.

Manggis

4. ha

3.

Duku Johor 

0.5 ha

4.

Mangga

4.0 ha

5.

Belimbing

0.5  ha

6.

Cempedak

1.2 ha

7.

Durian Belanda

0.2 ha

8.

Buah-buahan nadir

4.5 ha

9.

Longan

1.9 ha

10.

Cempedak

1.2 ha

11.

Nangka

1.2 ha

12.

Dokong

1.2 ha

13.

Pulasan

1.7 ha

14.

Rambutan

6.6 ha

15.

Jambu batu

0.1 ha

16.

ciku

0.1 ha

17

Pelbagai jenis ikan air tawar (Tilapia, Patin, Keli dan Jelawat

3.2 ha

 

PENGAJARAN @ BAHAGIAN PERTANIAN PUCHONG

Bahagian ini membantu dalam menjalankan kursus TKP 3002 Amalan Ladang: Akuakultur daripada Fakulti Pertanian.

 

PENYELIDIKAN @ BAHAGIAN PERTANIAN PUCHONG

Bahagian ini membantu dalam menyediakan pelbagai kemudahan untuk pensyarah dan pelajar menjalankan penyelidikan masing-masing.

 

PERKHIDMATAN @ BAHAGIAN PERTANIAN PUCHONG

Menyediakan kawasan dan peralatan untuk penyelidikan oleh pelajar universiti dan pensyarah

Kemaskini:: 13/12/2023 [alfanhidayat]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdXAP~