Pengenalan
Secara amnya, pembiakan tampang pokok buah-buahan secara cantuman matatunas adalah kaedah menampalkan bahagian pokok baka (matatunas) yang dicantumkan pada pokok penanti sebelum pokok baharu dihasilkan.
Di antara pokok buah-buahan yang sesuai menggunakan kaedah cantuman matatunas adalah durian, rambutan dan pulasan.
Kebaikan
Kelemahan
Peralatan dan Bahan
![]() |
![]() |
|
Ranting matatunas | Pokok Penanti (pokok yang disemai dari bijibenih yang telah berusia 5-7 bulan) | |
![]() |
||
Pisau cantuman, Scateur, Pita Pengikat |
Kaedah
![]() |
Buang daun/ranting kecil di tempat yang akan dibuat kelaran pada batang pokok penanti dengan menggunakan scateur atau pisau cantuman, biasanya pada bahagian batang yang separa-tua
|
|
![]() |
Buat dua (2) kelaran menegak kira-kira 1-3cm di tengah-tengah batang pokok penanti dengan menggunakan pisau cantuman
|
|
![]() |
Buat kelaran melintang di atas dua (2) kelaran menegak pada batang pokok penanti
|
|
![]() |
Kupas kulit pada batang pokok penanti dan kerat di bahagian bawah kelaran tadi
|
|
![]() |
Tinggalkan sedikit kulit batang pokok penanti di bahagian bawah kelaran bagi memudahkan matutunas diselitkan sebentar nanti
|
|
![]() |
Pada ranting matatunas, pilih mataunas yang sesuai
|
|
Buat dua (2) kelaran menegak pada ranting matatunas
|
||
![]() |
Kupas kulit matatunas dari ranting matatunas
|
|
![]() |
Buang lapisan kayu pada ranting matatunas
|
|
![]() |
Elakkan dari menyentuh bahagian dalam kulit matatunas
|
|
![]() |
Tampal lapisan kulit matatunas ke bahagian yang telah dibuat kelaran tadi
|
|
![]() |
Ikat bahagian yang telah dicantum menggunakan pita pengikat, pastikan elak ikatan pada matatunas
|
|
![]() |
Ikatan mestilah kemas dan tidak longgar agar matatunas yang telah ditampal melekat kemas pada batang pokok penanti
|
|
![]() |
Bertanggung kepada jenis pokok, selepas 14-30 hari, tunas baharu akan mula kelihatan
|
|
Pita pengikat boleh dibuka
|
||
Jika tiada tunas baharu kelihatan, cantuman matatunas boleh diulang di bahagian lain pada batang pokok penanti.
|
Kesimpulan
Kaedah cantuman matatunas boleh dicuba mengikut kesesuaian pokok buah-buahan serta kemahiran masing-masing.
Kredit foto: Junizawati Mohd Zin, Pegawai Pertanian, Taman Pertanian Universiti
Tarikh Input: 22/06/2021 | Kemaskini: 22/06/2021 | syedghazali
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan