Program ini telah dilaksanakan pada 14 Mei 2018 yang melibatkan staf semua Bahagian di TPU. Kira-kira 50 orang staf telah sama-sama berganding bahu menanam pokok-pokok baka buah-buahan di sekitar kawasan Bahagian Pemasaran.
Program ini bertujuan menyahut seruan ke arah menghijaukan kampus UPM. Di samping itu, Bahagian Pemasaran dapat meningkatkan pokok-pokok baka yang ditanam di dalam kawasan Bahagian untuk tujuan mendapatkan matatunas bagi pembiakan tampang.
Pokok baka buah-buahan yang telah ditanam bagi program ini pada tahun ini adalah pelbagai baka durian dan avokado.
Klik di sini untuk ke Galeri Foto Team Work Perdana - Kelestarian Hijau - Earth Day 2018
Tarikh Input: 23/08/2018 | Kemaskini: 23/08/2018 | syedghazali
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan