SERDANG, 4 Oktober 2021, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia menyambut baik Amalan EKSA bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja selain daripada menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta meningkatkan imej korporat dan mewujudkan pembudayaan amalan hijau di tempat kerja.
Moto EKSA UPM adalah “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.
Visi dan Misi EKSA UPM adalah seperti berikut:
Visi
Peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif
Misi
Taman Pertanian Universiti komited melaksanakan amalan EKSA. Satu organisasi dalaman telah ditubuhkan yang diketuai oleh En Johan Bin Ali, Ketua Bahagian Perkhidmatan & Kewangan bersama seramai 14 orang staf TPU telah dilantik untuk mengetuai bahagian masing-masing dalam usaha menghidupkan amalan EKSA di TPU .
Date of Input: 04/10/2021 | Updated: 04/10/2021 | liliamira
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan