Penjagaan Lembu Pedaging | PUSAT PERTANIAN PUTRA
» ARTIKEL » Penjagaan Lembu Pedaging

Penjagaan Lembu Pedaging

         Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat manakala bekalan masih tidak mencukupi. Lembu boleh di klasifikasi dalam famili Bovidae manakala spesies Bos taurus untuk lembu dari iklim hawa sederhana manakala Bos indicus untuk lembu dari iklim tropika. Ciri-ciri fizikal lembu pedaging yang ideal berbentuk bongkah atau segi empat serta mempunyai badan tegap dan berotot.

        Antara lembu yang banyak dipelihara adalah lembu baka tempatan iaitu Kedah Kelantan (KK) dan Brahman baka lembu tropika yang mempunyai ketahanan terhadap parasit luar, tekanan haba serta cuaca panas selain tahan terhadap penyakit. Baka Hereford adalah baka lembu pedaging iklim sederhana mampu memiliki berat matang 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina. Baka lembu pedaging yang lain seperti Droughmaster, Simmental, Angus Charlois Shorthorn dan banyak lagi.  Lembu boleh di klasifikasi dalam famili Bovidae manakala spesis Bos Taurus untuk lembu dari iklim hawa sederhana manakala Bos indicus untuk lembu dari iklim tropika. Seekor lembu memerlukan kira-kira 20-30 kg rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ia dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan seperti kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa. Pembiakan boleh berlaku secara tabii/semulajadi (menggunakan lembu pejantan) atau Permanian beradas (AI).

       Lembu betina dara yang telah matang yang di dalam keadaan (estrus) biang sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh (estrus) selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesilapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh (estrus) berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).

Antara tanda-tanda (estrus) ialah:

  • Sentiasa berbunyi bising.
  • Kemaluan merah dan membengkak Keluar lendir dari kemaluan.
  • Panjat memanjat sesama sendiri.
  • Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.

Lembu sesuai untuk dibiakkan apabila mencapai umur 18 bulan ke atas atau berat badan antara 320-350 kg. Jangkamasa bunting lembu adalah 280 hari.

Disediakan oleh :Azlina Mohammad

Tarikh Input: 08/10/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | shazry

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PERTANIAN PUTRA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 7282/7301
+603 8942 4076
WXFVKA7~